Agenda LGBT meresapi kartun dan filem Disney, kerajaan dan masyarakat harus tegas menolak

Baru-baru ini, akhbar The Huffington Post telah melaporkan bahawa saluran kartun The Disney Channel telah menyiarkan adengan perciuman antara sesama jantina dalam rancangan kartun bertajuk “Star vs. The Forces of Evil.”

Gergasi perfileman Walt Disney pula bakal menerbitkan filem Beauty and The Beast yang memasukkan unsur homoseksualiti, dan perkara ini disahkan sendiri oleh pengarahnya, Bill Condon, yang telah memberitahu sebuah majalah homoseksual Britain, Attitude bahawa filem tersebut yang memang terkenal di kalangan kanak-kanak, akan buat pertama kalinya memaparkan watak seorang lelaki homoseksual.

Perkembangan terbaru ini adalah nyata satu usaha besar-besaran pendokong LGBT memaksakan agenda normalisasi gaya hidup ini kepada anak-anak yang masih muda dan mentah dengan satu gaya hidup yang jauh dari nilai agama Islam. Kita harus sedar bahawa agenda besar-besaran membawa gayahidup LGBT ini telah mula dibawa ke arus perdana apabila majalah National Geographic edisi 2017 mempromosikan gayahidup ini sebagai trend terkini, dengan menyatakan lebih 70 pilihan gender kini boleh “dipilih” oleh masyarakat sedunia. Pengguna Facebook mempunyai 58 pilihan “gender” sejak tahun 2014.

Kerajaan, khususnya Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia harus memastikan pengharaman sebarang paparan gayahidup homoseksual (gay dan lesbian), biseksual dan transgender dari kaca TV, media elektronik dan di layar perak. Bahkan, pantauan harus dilakukan ke atas sesetengah media-media berbahasa Inggeris juga jurnalis mereka, yang secara terang-terangan mempromosi gaya hidup ini yang bertentangan dengan Islam sebagai agama Persekutuan, dan bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia. Sebagai contoh, Yasmin Disney didalam ruangan pendapatnya di Malay Mail Online pada 17 Julai 2014, secara terang-terangann mengatakan “Yes, I do have a homosexual agenda”.

Begitu juga Kementerian Dalam Negeri yang harus memantau buku-buku berunsurkan gayahidup terlarang yang telahpun dikesan memasuki pasaran.

Kerajaan juga harus bertindak tegas kepada badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang berteraskan homoseksualiti dan berobjektifkan mempromosi gayahidup LGBT. Keterlibatan mereka didalam perhimpunan-perhimpunan awam, dengan berselindung dibelakang tema sesuatu perhimpunan, tetapi yang berlaku adalah sebaliknya mereka membawa simbol-simbol yang mempromosi gayahidup LGBT ini.

Isu LGBT ini sering dilihat dari sudut hak asasi manusia. Tanpa satu dasar yang kukuh seperti pegangan agama, dasar pejuang hak asasi manusia berubah-ubah mengikut kecenderungan nafsu manusia, sehingga kita sampai ke satu peringkat di mana hak asasi minoriti telah menyakitkan hak majoriti. Kita sudah tiba ke satu peringkat dimana rancangan kegemaran anak-anak kita, dirampas atau “hijacked” demi untuk membawa agenda LGBT ini jauh ke dalam hati nurani mereka.

Mematuhi agama, juga telah dianggap mendiskriminasi, sedangkan ia adalah hak asasi bagi seseorang manusia. Ini telah dibuktikan dalam kes dimana seorang pengusaha kedai kek Kristian yang mematuhi perintah agamanya dengan menolak mengambil tempahan kek untuk perkahwinan sejenis di Colorado, Amerika Syarikat berhadapan dengan hukuman penjara. Di Belfast, sepasang suami isteri yang enggan menyediakan kek perkahwinan bagi pasangan sejenis atas alasan pegangan agama mereka, didenda 500 pound. Mereka terpaksa mengubah konsep kedai kek mereka kepada hanya menyediakan kek harijadi sahaja dan bukannya kek perkahwinan, demi untuk tidak berhadapan dengan permintaan-permintaan pasangan-pasangan sejenis yang tidak menghormati hak asasi mereka dalam mematuhi perintah beragama.

Pejuang hak asasi manusia sengaja mendiamkan diri atau menutup mata mereka, apabila masalah LGBT ini diperbincangkan disudut kesihatan. Mereka tidak dapat menafikan bahawa LGBT berkait rapat dengan HIV dan AIDS, dan berbagai masalah sosial yang lain. Sepatutnya hak bagi masyarakat majoriti juga perlu ditunaikan dengan membincangkan hal ini secara telus.

Beberapa fakta perubatan yang diringkaskan:

✔️Laporan tahunan Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2016 bertajuk “Global AIDS response progress report Malaysia 2016 in ending AIDS by 2030” menyatakan 4 golongan yang direkodkan didalam laporan sebagai golongan paling terkesan dengan epidemik AIDS dan HIV ialah penagih dadah, pelacur wanita, pengamal homoseksual (men sex with men) dan transgender (mak nyah).

✔️Laporan yang sama mendedahkan kajian sikap atau “Bio Behavioural Study” yang menyatakan peningkatan penggunaan arak dan dadah dalam aktivi seksual dikalangan pengamal homoseksual dan transgender telah menyebabkan mereka gagal menggunakan kondom, menyebabkan kadar jangkitan HIV dan AIDS masih tinggi.

✔️Dalam tahun 2012, kajian John Hopkins School of Public Health merumuskan bahawa penetrasi melalui dubur atau “anal penetration” adalah 18 kali lebih berisiko mendapat HIV kerana saluran darah yang lebih padat dikawasan dubur

✔️Dalam tahun 2013, kumpulan pengkaji yang sama melaporkan dalam jurnal Lancet, daripada kajian-kajian terkumpul mengenai transgender bahawa golongan ini from adalah 48.8 kali lebih berisiko mendapat jangkitan HIV berbanding golongan dewasa lain.

✔️Dalam tahun 2016, laporan dari The Community Based Research Centre for Gay (CBRC) berpusat di Kanada menyatakan kadar cubaan membunuh diri dikalangan LGB adalah antara 2 hingga 10 kali lebih tinggi dari heteroseksual. Di Netherlands, dimana perkahwinan sesama jenis telahpun sah disisi undang-undang, lelaki homoseksual adalah 3 kali mempunyai masalah mengawal emosi “mood disorder” dan 10 kali lebih berisiko mencederakan diri dalam cubaan membunuh diri. Begitu juga di Sweden yang menikmati keabsahan perkahwinan sejenis sejak tahun 1995, kadar bunuh diri dikalangan lelaki yang mengahwini lelaki adalah 3 kali lebih ganda dari lelaki yang mengahwini wanita.

Ini membingungkan komuniti LGBT sendiri kerana ketika kadar penerimaan masyarakat Barat kepada LGBT dilaporkan telah meningkat daripada 27% pada tahun 1996, kepada 61% pada tahun 2016, kenapakan mereka masih dibelenggu dengan berbagai masalah kesihatan dan kejiwaan?

Bagi masyarakat Islam, kita mempercayai bahawa setiap larangan Allah SWT mempunyai tujuan dan maksud kesejahteraan hamba-hambaNya sendiri. Cubaan untuk melawan fitrah kejadian hanya akan mendatangkan natijah buruk kepada pelaku, bahkan kepada masyarakat yang lain juga, walaupun seluruh dunia seakan memberi sokongan . Peringatan tentang bahaya-bahaya dari sudut kesihatan ini bukan bertujuan mendiskriminasi, bahkan untuk menyedarkan golongan LGBT di Malaysia agar mereka kembali memikirkan apakah tujuan kehidupan, dan mendapatkan bantuan agar mereka mempunyai kehidupan yang lebih terfokus.

Bagi ibubapa, kita sewajarnya lebih tegas dalam menapis filem atau kartun yang menjadi tontonan anak-anak, dengan menolak segala kartun yang berunsurkan budaya tidak selari dengan ajaran agama. Saya menyeru agar saluran Disney, dan filem keluaran mereka ditolak, sehingga mereka mendapat mesej tegas dari ibubapa bahawa kita menolak ideologi ini dpaksakan kepada anak-anak kita melalui watak-watak popular kartun. Beralihlah kepada kartun yang sarat dengan mesej kehidupan yang tidak melanggar syariat Islam.

Sebagai kesimpulan, Malaysia yang mempunyai masyarakat yang berpegang teguh kepada agama, tatasusila dan keluhuran yang tinggi, perlu menolak secara keras budaya orientasi seksual songsang dan kecelaruan gender. Tindakan tegas harus diambil sedari awal demi manfaat kedua-dua golongan majoriti dan minoriti LGBT yang masih boleh dibimbing ke jalan yang benar. Bersifat apologetik dan mengikut naratif pihak sekular yang mengagung-agungkan kebebasan hak individu hanya akan membinasakan masyarakat keseluruhan.

Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar
Ketua Penerangan Wanita ISMA

Peringatan: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tiada kena mengena dengan ismaweb.net atau Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana.

One thought on “Agenda LGBT meresapi kartun dan filem Disney, kerajaan dan masyarakat harus tegas menolak

  1. “We corrupt in order to rule.”— Italian Freemason Giuseppe Mazzini

    Orang-orang Yahudi yang menguasai industri pornografi telah dan sedang menghasilkan artikel, buku dan filem lucah dll untuk menggalakkan lelaki dan perempuan bukan Yahudi ( Gentile) di seluruh dunia bergaul bebas dan melakukan zina, hubungan seks songsang yang menjijikkan seperti liwat, bestiality, pedofilia, lesbian, homoseksual, swinger (bertukar suami dan isteri ) dll dengan bebas dengan alasan hak kebebasan individu konon !

    Nampaknya perjuangan puak liberal dan Yahudi Zionis mempunyai persamaan perjuangan iaitu mempromosi hak kebebasan individu untuk melakukan dosa, kemungkaran dan kesesatan!

    Contoh Yahudi-yahudi Zionis yang menguasai industri pornografi (lucah) ialah Reuben Sturman, Al Goldstein, Steven Hirsch dll. Dan pelakon-pelakon utama filem pornografi adalah terdiri dari orang-orang Yahudi sendiri seperti Ronald Jeremy Hyatt, Bryan Matthew Sevil, Mary Louise Hartman dll.

    Yahudi Zionis seperti David Asimov dan Arie Scher dll memainkan peranan penting dalam penghasilan pornografi kanak-kanak. Arie Scher adalah seorang konsul Israel di Brazil dan beliau telah terlibat dalam pornografi kanak-kanak dan perniagaan pelacuran. Apabila jenayah beliau terdedah, beliau telah melarikan diri ke Israel.

    The Walt Disney Company sedang dikuasai oleh Yahudi seperti Bob Iger dan syarikat ini telah berjaya memiliki ‘Shantibody Media’ yang merupakan pengeluar hiburan lucah terbesar di Amerika Syarikat dalam tahun 2013.

    Oleh sebab itu kita tidak merasa hairan melihat agenda LGBT meresapi kartun dan filem Disney untuk meruntuhkan akhlak kanak-kanak, remaja, orang dewasa dan orang tua di seluruh dunia.

    KESIMPULAN:

    Pornography is deployed today as a psyop or mind weapon: to pacify, control, brutalize, and ultimately enslave the masses.

    Zionist Protocol 9:10. WE HAVE FOOLED, BEMUSED AND CORRUPTED THE YOUTH OF THE “GOYIM” BY REARING THEM IN PRINCIPLES AND THEORIES WHICH ARE KNOWN TO US TO BE FALSE ALTHOUGH IT IS THAT THEY HAVE BEEN INCULCATED.

    Terjemahan:

    Pornografi digunakan hari ini sebagai senjata psyop atau fikiran: untuk menenangkan, mengawal, melakukan kekejaman kepada rakyat dan akhirnya memperhambakan rakyat jelata.

    Zionist Protocol 9:10. Kami Yahudi Zionis Zionis telah menipu, mengkagumkan dan merosakkan belia-belia dengan menternak mereka dalam teori dan prinsip palsu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *