a
Terkini
14/12/2017, 12:49 am

Kenapa Beauty & The Beast tak patut ditayangkan di Malaysia?

LAPORAN terkini Associated Press, Disney batal tayangan Beauty and the Beast (B&B) di Malaysia, setelah dikenakan syarat penapisan “gay moment” dalam filem tersebut. Antara respons (komen sebenar) penyokong B&B dalam kalangan Melayu-Muslim di media sosial:

1. “Kalau ada adegan bunuh dan rompak, hang akan ban filem tu jugak ke? Bukankah itu pun langgar undang undang???”

Boleh ada adegan bunuh dan rompak. Tapi dalam etika dan garis panduan penyiaran, perlu ada “poetic justice” – yang jahat dihukum setimpal atau ada keinsafan di hujung cerita. Dan paparan pembunuh serta perompak harus negatif. Tapi gay dalam cerita Hollywood diraikan. Cerita gay selalunya menang award. Skrip Hollywood simpatetik terhadap watak gay. Masyarakat yang disuruh insaf, dan menerima homoseksualiti.
————————————————————
2. “Ombak Rindu ada rogol boleh pulak lepas wayang”

Ini falasi ‘false comparison’. Dua filem berkenaan perlu dinilai berdasarkan merit masing-masing. Adanya rogol dalam filem Melayu BUKAN justifikasi untuk abaikan homoseksualiti B&B. Sekiranya satu dapat diatasi, kesannya lebih baik berbanding membiarkan kedua-duanya.
———————————————————-
3. “Bestiality (hubungan seksual dengan haiwan) dan Stockholm Syndrome (jatuh cinta dengan captor) dalam Beauty and the Beast boleh pulak”

False comparison. Kalau ada adegan bestiality, ia juga akan ditapis seperti “gay moment”.
———————————————————–
4. “Just ade satu character dalam tu openly gay and tertarik dgn watak lelaki..itu saje … walhal bukan aksi lucah pun”

Lucah tak semestinya eksplisit. “Gay moment”, idea homoseksualiti, pandangan dan sentuhan ‘suggestive’ dalam B&B juga lucah (indecent) berdasarkan sensitiviti tempatan.
—————————————————–
5. “Tak payah tengok kalau tak suka”

Walaupun ada ahli masyarakat yang tak tengok, penerimaan “gay moment” di sinema (domain awam) tetap memberi signal homoseksualiti adalah ‘socially acceptable’.
———————————————————
6. “Nk sekat2 mcm la org x blh tgk online”

Tengok online, itu private domain. Your own responsibility. Tapi dalam public domain, ada pertimbangan lain. Ada implikasi sosial dan budaya. Maka, perlu ada kawalan.
————————————————————-
7. “Benci aku mysia ni,senstitif sangat bila nak majunya adoiiyaoi”

“Maju” dengan menerima “gay moment” di domain awam? Maju bermaksud celik norma etika tempatan, mampu menilai dengan kritis propaganda & normalisasi LGBT. Maju, bila bebas daripada penjajahan budaya.
————————————————————–
8. “Takut terpengaruh, iman senipis bawang ke?”

Resistance terhadap normalisasi LGBT didorong iman yang belum menipis dalam komuniti.
———————————————————–
9. “Homoseksualiti dah lama dalam masyarakat. Apa kaitan dengan filem??”

Memang dah ada lama dah, sejak zaman Nabi Luth a.s. But contemporary films seek to normalise it and desensitise the audiences to its perversion. And look at the fate of kaum Nabi Luth.
———————————————————–
10. “The world has moved on and it’s time we equip our young children with the facts of life of this present day and age.”

Kita perlu sama “move on”, walaupun wrong direction? Ada hadith sahih menggesa tidak meniru mereka, “moving on” bersama mereka sejengkal demi sejengkal. We have our own fixed values.
————————————————————-
11. “Bodoh lah nak sekat”.

Cerdik, sebab ambil kira sensitiviti majoriti, dan kesan jangka masa panjang. Bodoh, bila utamakan Emma Watson berbanding maslahah awam.
—————————————————————
12. “Effeminate male characters in Malaysian movies/dramas made the cut but a “gay” scene from an innocent classic must be removed”

Effeminate (lembut) tak semestinya amalkan homoseksualiti. Dalam B&B, wataknya openly LGBT. LGBT is a practice, a sexual orientation, a lifestyle. “Lembut” puncanya mungkin sekadar hormon dan genetik.
————————————————————–
13. “I hope malaysia will be open-minded enough to let it be shown”

Perlu “open minded” untuk faham etika relativisme budaya – apa yang biasa di AS tak semestinya dapat diterima di sini. Di AS sendiri, pawagam di Alabama boikot B&B. Jangan kita lebih sudu daripada kuah.
——————————————————–
14. “Our self-appointed guardian of morality — the Censorship Board. They think they’re doing the parents a favour, not realising they’re a bit behind time.”

Your liberal parental sensibilities are insignificant. Kalau Censorship Board tak buat kerja, majoriti ibu bapa akan persoalkan tanggungjawab moral agensi tersebut.
———————————————————–
15. “Why some parents think their kids are easily swayed n influenced by movies?”

In sociology, kids learn/internalise values and cultural norms through mass media. Ini disebut ‘socialization process’.

Ahmad Farami

Pensyarah Pengajian Media UiTM Shah Alam

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana dan ia juga tidak mewakili pendirian rasmi Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

Share With:
Rate This Article
Author

admin@ismaweb.net

Comments
  • Sebilangan pembela dan penyokong Beauty & The Beast yang mengandungi gay moment adalah terdiri dari manusia yang mendakwa diri mereka beragama Islam. Malangnya mereka menyokong dan membela kemungkaran yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

    Allah dan RasulNya telah mengharamkan LGBTQ. Apakah hukum menghalalkan yang dihukum haram oleh Allah dan RasulNya? Jawapan: Murtad atau kufur akidah !

    Pembela Beauty & The Beast ini telah memperbodohkan diri mereka sendiri dengan membuat pelbagai alasan karut untuk menegakkan benang basah:

    (1) “Tayangan Beauty & The Beast dibatalkan…bla…bla…. Saya tak sangka iman mereka senipis kulit bawang”

    Komen: Penutur tersebut sendiri mendedahkan auratnya di khalayak ramai yang bererti dia sendiri mengingkari perintah Allah dan RasulNya walaupun hukum menutup aurat adalah jelas.

    Maka kita juga ingin mengetahui sama ada iman penutur tersebut senipis kulit bawang.

    Gay moment dalam Beauty & The Beast boleh mendedahkan dan mempengaruhi manusia terutama sekali kanak-kanak kepada budaya LGBTQ !

    (2) “Why some parents think their kids are easily swayed n influenced by movies?”

    Komen: Fakta yang tidak dapat dinafikan ialah pengaruh alam sekitar boleh mempengaruhi ciri-ciri perilaku manusia terutama sekali kanak-kanak dan remaja dan belia (Nature vs Nurture).

    (3) “Benci aku mysia ni,senstitif sangat bila nak majunya adoiiyaoi”

    Komen: Adakah dengan menayangkan Beauty & The Beast di negara ini akan menyebabkan Malaysia berkembang maju dalam bidang sains dan teknologi dll ? Hujah nombor (3) tidak masuk akal manusia yang normal !

    LGBTQ tidak pernah menyumbangkan sebarang kemajuan fizikal dan rohani kepada manusia. Bahkan LGBTQ menggalakan budaya menyembah nafsu serakah dan memusnahkan prinsip moral dan ajaran agama Islam dll.

    Pelbagai empayar kuno telah menjadi lemah dan akhirnya runtuh apabila pemimpin dan rakyat hidup bergelumang dengan pelbagai kemungkaran dan amalan yang tidak bermoral seperti rasuah, salah guna kuasa, ketidak-stabilan politik, LGBTQ, kehilangan nilai-nilai murni tradisional dll.

    15/03/2017
  • As-sa-la-mu-‘a-lai-kum! Ma-lay-sia a-da pang-gung wa-yang pun ar-wah Tun Ab-dul Ra-zak tak su-ka! La-gi2 bi-la ter-pak-sa me-la-yan ka-re-nah ma-sa-a-lah ke-pim-pi-nan. Bi-la i-su ke-mer-de-ka-an di Ma-lay-sia yang di te-lah di ca-pai ma-sih be-lum be-nar – be-nar ki-ta se-ba-gai rak-yat Ma-lay-sia me-ra-sai er-ti-nya! Ya-kin-lah Al-lah s.w.t yang ma-ha me-nge-ta-hu-i! Is-lam me-mu-puk er-ti se-be-nar! Na-mun ki-ta ja-ngan-lah la-lai! Ke-ra-na syai-tan sen-tia-sa dan a-kan meng-go-da ki-ta se-hing-ga kia-mat nan-ti! Tak-bir! Al-la-hu-ak-bar! Al-la-hu-ak-bar! Al-la-hu-ak-bar! Was-sa-la-mu-‘a-lai-kum!

    16/03/2017
  • Di zaman internet ini, tiada istilah ban atau tapis kerana sesiapa juga boleh download movie itu online secara percuma. Kalau nak ban movie, lepas ini apa pula yang nak kena ban? Di Intenet, banyak website lucah. Mengapa tak haramkan internet atau komputer terus?

    16/03/2017
  • Tindakan kerajaan Malaysia menghalang tayangan BEAUTY & THE BEAST yang mengandungi gay moment adalah tindakan terpuji dan bermoral setelah mengambil kira bantahan orang ramai terutama sekali umat Islam yang merupakan rakyat majoriti (65%) di Malaysia.

    Hanya yang tidak bermoral seperti puak liberal dan kafir harbi yang membela dan menyokong dan mendesak BEAUTY & THE BEAST yang mengandungi gay moment ditayangkan kepada orang ramai termasuk kanak-kanak untuk meruntuhkan moral raktyat negara ini.

    Puak liberal dan kafir harbi ini kelihatan sangat terdesak mahu BEAUTY & THE BEAST ditayangkan kepada orang ramai seolah-olah seluruh dunia akan musnah dan langit akan runtuh jika BEAUTY & THE BEAST gagal ditayangkan kepada orang ramai di negara ini.

    Kita tidak merasa hairan melihat tindakan puak liberal dan kafir harbi menyokong LGBTQ kerana selama ini mereka membela dan mempromosi segala bentuk kemungkaran, kesesatan dan murtad dengan alasan hak kebebasan individu KONON !

    17/03/2017
  • PEMBETULAN

    Tindakan kerajaan Malaysia menghalang tayangan BEAUTY & THE BEAST yang mengandungi gay moment adalah tindakan terpuji dan bermoral tinggi setelah mengambil kira bantahan orang ramai terutama sekali umat Islam yang merupakan rakyat majoriti (65%) di Malaysia.

    Hanya yang puak tidak bermoral seperti puak liberal dan kafir harbi membela dan menyokong dan mendesak BEAUTY & THE BEAST T yang mengandungi ‘gay moment’ ditayangkan kepada orang ramai termasuk kanak-kanak untuk meruntuhkan moral raktyat negara ini.

    Puak liberal dan kafir harbi ini kelihatan sangat terdesak mahuBEAUTY & THE BEAST ditayangkan kepada orang ramai seolah-olah seluruh dunia akan musnah dan langit akan runtuh jika BEAUTY & THE BEAST gagal ditayangkan kepada orang ramai di negara ini.

    Kita tidak merasa hairan melihat tindakan puak liberal dan kafir harbi menyokong LGBTQ kerana selama ini mereka membela dan mempromosi segala bentuk kemungkaran, kesesatan dan murtad dengan alasan hak kebebasan individu KONON !

    17/03/2017
  • amsi menulis “Kalau nak ban movie, lepas ini apa pula yang nak kena ban? Di Intenet, banyak website lucah. Mengapa tak haramkan internet atau komputer terus?”

    ———————————————————————————————————-

    Berdasarkan komen di atas, penulis komen tersebut juga akan mencadangkan menghapuskan atau membunuh semua pesakit kencing manis jika jari kaki atau tangan mereka dijangkiti ‘gangrene’.

    Jika bilik tidur penulis komen tersebut dikencing tikus, maka penulis akan membakar keseluruhan rumahnya.

    Jika beberapa orang pembunuh telah menggunakan pisau untuk membunuh, maka semua kilang pisau mesti ditutup dan semua jenis pisau dihapuskan di seluruh dunia.

    Komen di atas menunjukkan ‘kebijaksanaan’ penulis komen tersebut.

    17/03/2017
  • Perjuangan puak liberal sesat membela dan mendesak tayangan filem ‘Beauty & The Beast’ yang mengandungi adegan gay ditayangkan di Malaysia jelas menunjukkan mentaliti puak sesat ini masih dijajah dan dimanipulasi oleh Yahudi Zionis yang memiliki Disney dan Hollywood dan media massa lain.

    Malaysia telah merdeka selama 59 tahun dan 6 bulan tetapi mentaliti puak liberal masih dijajah, dikuasai dan dimanipulasi oleh Yahudi Zionis dan Barat selama 59 tahun dan 6 bulan selepas Malaysia mencapai kemerdekaan!

    Puak liberal adalah pengkhianat kerana mereka merelakan diri mereka menjadi boneka atau hamba abdi Yahudi Zionis dan Barat untuk menentang ajaran Islam !

    17/03/2017
  • nak komen pasal filem lain tak kisah la. ni crita beauty and the beast ni asalnya crita kanak2.. korang nak ke bawa anak2 korang tengok crita yg boleh lead mereka ke gay world??

    18/03/2017
  • amsi,

    zaman sekarang ni mana boleh ban apa apa. Memanglah boleh download .. downloadlah, tiada siapa yang melarang(dosa tanggung sendiri). Walaubagaimanapun penayangan secara official di panggung masih perlu disekat.

    Amsi, zaman sekarang ni ramai yang ada akses internet, tetapi otak masih kulup.. jangan jadi bahlul seperti mereka ok ? .. dah, gi baca Al’ Quran dan fahami isinya, Insyaallah anda mendapat petunjuk dan hidayah daripada Allah s.w.t

    19/03/2017
  • allah sayang haiwan dan dia beri kebebasan menghuni bumi… tapi baka keturunan manusia yang terbuang dari syurga ni lebih sudu plak dari kuah… konon sayanglah sesangat kat binatang tapi diciptakan sangkar… x sedar diri betul…

    20/03/2017
  • Btu tau nk sebut pasal agama islam,rosmah x pkai tudung mcm mna pulak,kafir ke

    25/03/2017
  • Trump,

    Baguslah kamu tahu bahawa di dunia internet hari ini, tiada apa-apa filem yang boleh di ‘ban’. Kalau kerajaan senyap sahaja, mungkin hanya 10 orang nak pergi pawagam tengok movie Beauty & The Beast. Tapi sebab kecoh nak ban, akhirnya 100 orang berminat dan mula download/tengok di pawagam. Niat kerajaan untuk ban adegan gay akhirnya menjadi promosi percuma kepada filem itu yang akhirnya ditayangkan juga di Msia tanpa penapisan.

    Krieger,

    Komen saya ada 4 ayat. Bermula dengan ayat pertama “Di zaman internet ini, tiada istilah ban atau tapis kerana sesiapa juga boleh download movie itu online secara percuma.” Sila baca ayat seterusnya dalam konteks ini.

    Secara kesimpulan, apa2 dalam bentuk elektronik seperti filem, lagu, website, social media, video games dll memang tak boleh di ‘ban’ di Msia.

    Diharap jangan mengguna ‘kebijaksanaan’ anda dengan menyalahtafsir komen saya.

    27/03/2017

Leave A Comment