VIDEO | NGO isytihar perang pusat judi habis-habisan

Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mohd Yusop Haniffa menyatakan dalam sidang media bersama NGO-NGO lain bahawa mereka akan memerangi pusat perjudian. Tambahnya lagi, sesi dialog bersama pihak berkuasa perlu diadakan bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

Telah banyak aduan diterima oleh PPIM mengenai pusat perjudian yang semakin banyak tumbuhnya bagaikan cendawan. Oleh yang demikian pihak berkuasa haruslah bekerjasama dengan NGO-NGO dengan lebih berkesan agar pusat-pusat perjudian ini dapat dihapuskan serta-merta.

Sidang media ini telah berlangsung pada 16 Februari 2017, Kuala Lumpur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *