VIDEO | Jangan kerana judi masyarakat jadi liar, jadi ‘barbaric’: Ismail Mina

Pihak berwajib mesti membanteras pusat perjudian ini dengan cara baik sebelum ada individu atau kumpulan yang akan merosakkan premis judi tersebut. Ini akan menjadikan isu lebih besar dan menjadi tomahan kepada umat Islam.

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera (Muafakat), Ustaz Haji Ismail Mina Ahmad menegaskan lagi bahawa NGO adalah rakan kepada pihak polis dalam menjaga keselamatan dan keharmonian sosial. Oleh yang demikian, beliau juga menekan lagi sesi dialog perlu diakan bersama seperti yang dilakukan pihak-pihak NGO di Indonesia bersama pihak polis. Tambah beliau lagi, pihak berkuasa perlu menjaga negara ini supaya lebih aman, masyarakat tidak menjadi liar dan barbaric (tidak bertamadun) dek kerana judi.

Sidang media ini telah berlangsung pada 16 Februari 2017, Kuala Lumpur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *