VIDEO | Dana rakyat disalurkan untuk hidupkan pusat judi?

Pengarah Latihan PPIM, Izham Nayan mengatakan bahawa kecenderungan dana-dana milik kerajaan yang dilaburkan kepada syarikat-syarikat yang mempunyai lesen aktiviti perjudian adalah sangat besar. Antara syarikat-syarikat tersebut adalah seperti Genting Berhad, Resort World, Magnum Corporation dan sebagainya.

Persoalannya, bagaimanakah dana-dana rakyat ini disalurkan kepada syarikat-syarikat yang menjalankan aktiviti perjudian? Tambah beliau lagi, aktiviti perjudian ini bukan berlaku dalam golongan masyarakat biasa, malahan kerajaan juga terlibat dengan judi kerana telah melaburkan dana-dana rakyat.

Sidang media ini telah berlangsung pada 16 Februari 2017, Kuala Lumpur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *