Tiga pelajar nyaris diculik, umpan gula-gula tidak menjadi

Gambar hiasan

LABUAN, 20 Jamadilawal 1438H, Khamis – Tiga pelajar tahun tiga Sekolah Kebangsaan St Anne nyaris diculik tiga lelaki dalam van bercermin gelap di depan pintu masuk sekolah mereka tengah hari semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 4.45 petang selepas aktiviti kokurikulum sekolah.

Pada awalnya, lelaki berkenaan yang menaiki van Toyota Hiace menawarkan gula-gula, tetapi salah seorang pelajar itu enggan menerima.

Ketika itu juga, pintu van tersebut dibuka seluasnya, yang dianggap percubaan untuk menarik ketiga-tiga pelajar berkenaan ke dalam kenderaan tersebut.

Namun, tindakan mereka gagal apabila pengawal keselamatan datang ke arah mereka dan van itu terus bergerak.

Sehubungan itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan, Raisin Saidin berkata, pihak sekolah harus memastikan pelajar keselamatan pelajar.

Lebih penting katanya, ketika mereka yang masih di sekolah rendah menunggu kenderaan atau keluarga mereka di dalam kawasan sekolah selepas waktu persekolahan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *