Si pekak, bisu dan tuli mula panas kerana kata-kata Pedang

BERSAMBUNG lagi ‘Ku sangka DAP! Rupa-rupanya UMNO sendiri menChinakan tanah Melayu’.

Lalu, melompat juga si pekak, si buta dan si tuli apabila Pedang tulis mengenai UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang akhirnya menChinakan tanah Melayu, bukan DAP. Nampaknya terbakar punggung mereka, gelisah sungguh mereka apabila kena serang.

BACA: KATA PEDANG: Ku sangka DAP! Rupa-rupanya UMNO sendiri menChinakan tanah Melayu

Tapi tak kisahlah apa yang mereka hendak kata, sebab sememangnya mereka pekak, buta dan tuli. Tidak mendengar segala rintihan dan pendedahan mengenai onar kerajaan sekarang. Tidak nampak apa yang berlaku dan bakal berlaku kepada rakyat, terutama orang Melayu.

Yang mereka nampak hanya kuasa dan ‘cash’. Nasib rakyat tak dipedulikan. Nasib orang kampung macam Pedang mereka buat tak tahu. Yang mereka tahu, berkereta besar, ada elaun besar, rumah besar. Segala-galanya besar. Dosa pun besar. Bila tiba musim pilihan raya macam-macam mereka sanggup buat untuk dapatkan undi. Merayu-rayu.

Sebab itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kata – hanya kumpulan yang pekak, buta dan tuli sahaja yang tertarik dengan laporan polis terhadap beliau. Mereka buat laporan polis supaya Tun tak lagi menceritakan kebenaran. Mereka hanya mahu mendengar pembohongan.

Pedang nak nasihat orang macam ni pun susah, sebab mereka sudah buta dek kerana kuasa dan ‘cash’. Mereka nampak RM143 bilion yang akan datang dari China yang mereka kata pelaburan langsung asing (FDI).

Investopedia.com menafsirkan FDI ialah pelaburan yang dibuat oleh syarikat atau individu dari negara lain dalam perniagaan di sesebuah negara, sama ada mewujudkan operasi perniagaan atau memiliki aset perniagaan tempatan atau mengambil alih perniagaan syarikat asing.

Kita juga mengalu-alukan FDI seperti di atas. Tetapi, memiliki hartanah, terutama tanah dan kediaman dalam sesebuah negara oleh individu asing, bukannya FDI. Walaupun, pajakan 99 tahun, tetapi tiada jaminan anak cucu cicit pembeli itu tidak beranak pinak dan memohon kerakyatan Malaysia.

Dulu, Pedang pun termakan kata-kata mereka bahawa DAP akan menChinakan Malaysia. Tetapi, akhirnya mereka pun ibarat ‘paku serpih’. Walaupun, Pedang tak sokong DAP, tapi Pedang kesal kerana orang pekak, buta dan tuli ini bangsa kita juga.

Dalam negara sekarang pun jika diperhatikan, kedudukan orang Melayu semakin terancam. Bahasa Melayu dianggap sesetengah pihak yang rasis, terutama Pertubuhan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), sebagai bahasa kasta dua.

Bahasa Cina lebih utama bagi mereka, sedangkan mereka tinggal di Malaysia yang bahasa rasminya adalah bahasa Melayu. Mereka tidak peduli dan kerajaan yang majoritinya Melayu, tidak mampu berkata apa-apa.

Dari sudut agama Islam juga semakin tercabar. Orang kafir sewenang-wenangnya menentang keras peraturan atau hukum Islam yang hendak dilaksanakan ke atas umat Islam sahaja. Tiada kaitan pun dengan mereka, tetapi ultra kiasu kafir ini, termasuk yang menjadi pemimpin negara, terang-terang cuba menghalang dengan pelbagai cara.

Lagi ramai bawa masuk orang kafir ke Malaysia lagi kuatlah suara mereka. Lagi banyak minta hutang dengan China, maka lagi lah suara orang Melayu dan Islam akan dikunci. Macam Pedang kata semalam, ingat China bagi saja hutang itu?

Cuba kita sekat suara Cina kafir dalam Malaysia. Pedang pasti mereka akan melaporkan kepada tauke di Tanah Besar. Lalu tauke itu pun pastinya memberi ‘nasihat’ kepada kerajaan Melayu Malaysia, yang memohon hutang berbilion ringgit.

Akhirnya, terpaksa berdiam diri. Ultra kiasu kafir pun bermaharajalela. Bukan saja Melayu hilang maruah di tanah sendiri, undang-undang Islam pun tidak dapat dilaksanakan. Tapi, Pedang akan terus bersuara, bukan seperti si pekak, bisu dan tuli.

Sekali lagi Pedang ulang kata-kata ‘Ku sangka DAP! Rupa-rupanya UMNO sendiri menChinakan tanah Melayu’.

Kata Pedang: Sakit pening, hidup mati Allah Taala yang menentukan. Jihad Pedang demi agama, bangsa dan negara. Sikit pun Pedang tak takut.

Penafian: Kata Pedang adalah segmen lidah pengarang Ismaweb.net. Pandangan yang diberikan dalam ruang Kata Pedang tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu.

3 thoughts on “Si pekak, bisu dan tuli mula panas kerana kata-kata Pedang

  1. Asalamualaikum. Jika saudara sebagai orang beragama Islam sila jangan bersikap munafik dengan mengaibkan orang kerana mengaibkan orang itu bukan tuntutan Islam.

    Mohon jangan guna perkataan pekak tuli buta kerana mereka adalah orang yang dicipta oleh Allah dan tertakluk kepada qada qadar amalannya.
    Jika anda bermaksud tertuju kepada orang yang tak mahu mendengar nasihat sila gunakan perkataan yang bukan mengaibkan orang pekak tuli bisu atau buta.
    Mohon tarik balik perkataan ini dan semoga anda menerima hidayah.

  2. susah rupanya berbicara dengan orang2 yang tak mengerti ibarat atau perumpamaan.

    Dan bandingan (orang-orang yang menyeru) orang-orang kafir (yang tidak mahu beriman itu), samalah seperti orang yang berteriak memanggil binatang yang tidak dapat memahami selain dari mendengar suara panggilan sahaja; mereka itu ialah orang-orang yang pekak, bisu dan buta; oleh sebab itu mereka tidak dapat menggunakan akalnya.
    (Al-Baqarah 2:171)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *