Produk elektronik tanpa kelulusan Sirim dijual berleluasa

AIR HITAM, 20 Jamadilawal 1438H 1438H, Jumaat – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa produk elektrik dan elektronik yang tidak mempunyai label Sirim dan dijual secara berleluasa, ditarik balik dari pasaran.

Presidennya, S M Mohd Idris berkata, hasil tinjauan CAP, terdapat banyak produk elektrik dan elektronik berada dipasaran tanpa label Sirim.

Katanya, perkara itu sangat berbahaya dan ia mempunyai risiko berlakunya kebakaran dan pengguna akan terkena renjatan elektrik.

Lebih mengejutkan, senarai Peralatan Elektrik Terkawal Suruhanjaya Tenaga (EC) tidak termasuk dalam produk yang biasa digunakan.

“Barangan seperti pengubah arus elektrik, unit bekalan kuasa dalam komputer, dan bateri yang boleh dicaj semula perlu dikawal kerana ia melibatkan arus ulang alik 240 volt.

“Apa yang diketahui ia berpotensi meletup dan bahaya kebakaran dalam kes bateri yang boleh dicaj semula. Malah kebanyakan barangan biasa lain seperti kabel elektrik juga tidak mempunyai logo kelulusan EC atau SIRIM,” katanya dalam satu sidang media, semalam.

Idris berkata, sebelum ini Persatuan Elektrik dan Elektronik Malaysia (TEEAM) memberi amaran bahawa banyak kabel elektrik dibuat daripada bahan berkualiti rendah telah membanjiri pasaran.

Katanya, walaupun peraturan-peraturan yang ketat, mereka hairan, barangan elektrik tanpa EC atau kelulusan Sirim sedang diimport.

Sehubungan itu, beliau menggesa Sirim untuk mengkaji dan mengembangkan senarai produk mereka dikawal selia.

Pada masa yang sama katanya, EC juga perlu membuat serbuan di pasaran yang menjual produk elektrik bermutu rendah yang menggunakan label jaminan keselamatan EC-SIRIM palsu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *