KPT tidak lagi taja pelajar baharu ke Mesir

PUTRAJAYA, 20 Jamadilawal 1438H 1438H, Jumaat – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak lagi memberi penajaan baharu untuk pelajar tempatan yang mahu menyambung pengajian ke Mesir.

Perkara itu dimaklukan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh atas alasan negara itu masih belum stabil buat masa sekarang.

Bagaimanapun kementerian tidak menghalang sekiranya pelajar mahu menyambung pengajian di Mesir kerana ia hak masing, masing, Cuma katanya, iadalah tanggungan persendirian.

“Sepatutnya ibu bapa yang hendak menghantar mereka ke luar negara, mereka seharusnya tahu selok-belok dan hal ehwal semasa sesebuah negara itu.

“Sekarang keadaan di Mesir pun belum tenang sepenuhnya…keadaan keselamatan pun masih dipantau oleh pihak kedutaan kita di sana,” katanya.

Jelas beliau, buat masa sekarang difahamkan pelajar-pelajar yang ditaja agensi kerajaan di Mesir adalah mereka yang masih meneruskan baki pengajian mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *