Keputusan STPM 2016 diumum 28 Februari

BANGI, 19 Jamadilawal 1438H, Khamis – Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2016 akan diumumkan pada 28 Februari depan.

Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia, Dr Jamil Adimin berkata, seramai 43,325 calon STPM 2016 telah hadir menduduki peperiksaan itu di seluruh negara.

“Daripada jumlah tersebut, 42,845 (99.10 peratus) orang adalah calon sekolah kerajaan, 264 (0.61 peratus) calon sekolah swasta, 114 (0.26 peratus) calon persendirian individu dan 12 (0.03 peratus) sekolah kerajaan negeri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing pada tarikh tersebut, mulai jam 12 tengah hari.

Manakala, bagi calon persendirian individu akan memperoleh keputusan melalui pos, di samping boleh menyemak menerusi Sistem Mesej Ringkas (SMS) serta secara dalam talian dengan melayari portal Majlis Peperiksaan Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *