Dunia

Hamas jangka kejayaan besar ekonomi, kehidupan rakyat di Gaza

Mahu pembangunan semula wilayah tanpa guna wang untuk biayai Hamas

GAZA, 25 Syawal 1442H, Ahad – Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) menjangkakan satu kejayaan besar dalam keadaan kemanusiaan dan ekonomi di Semenanjung Gaza. 

Ketuanya, Yahya Sinwar berjanji tidak akan menghalang pembangunan kembali di wilayah itu dan menegaskan bahawa wang pembangunan semula tidak akan digunakan bagi membiayai Hamas. 

Beliau juga optimis bahawa bantuan itu akan meringankan penderitaan rakyat Palestin di Gaza, dalam membangunkan dan memulihkan semula ekonomi wilayah itu.

“Kejayaan ini akan dirasakan oleh rakyat Gaza di peringkat kemanusiaan, kehidupan dan kewangan.

“Kami tidak akan meletakkan halangan dalam pembangunan semula Gaza, dan tidak mengambil dana pembangunan untuk kepentingan Hamas. Kita mahu memudahkan tugas pembinaan semula dan pemulihan ekonomi,” katanya pada Sabtu. 

Gencatan senjata yang dikelolai oleh Mesir pada awal pagi 21 Mei lalu mengakhiri siri serangan pengeboman pengganas Israel selama 11 hari di Semenanjung Gaza. 

Serangan rejim di Gaza dan Tebing Barat sejak pertengahan April mengorbankan sekurang-kurangnya 289 orang, termasuk wanita dan kanak-kanak, selain memusnahkan banyak struktur di wilayah itu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button