VIDEO | Trak rempuh tentera Israel, empat mati

Seorang penduduk Jerusalem yang memandu sebuah trak telah merempuh sekumpulan askar Israel di sebuah promenad popular di Baitulmaqdis yang telah membunuh empat orang dan mencederakan 15 yang lain.

Pemandu tersebut kemudian ditembak mati, dengan puluhan kesan peluru menembusi cermin depan trak berkenaan. Polis Israel menyifatkan kejadian tersebut sebagai serangan yang disengajakan.

Pemandu tersebut dikenalpasti pihak polis Israel sebagai seorang penduduk dari Jerusalem yang menetap di Baitulmaqdis Timur. Ini merupakan serangan paling berdarah di Baitulmaqdis dalam masa beberapa bulan.

Mangsa-mangsa yang terkorban adalah tiga wanita dan seorang lelaki, kesemua mereka berusia dalam 20-an tahun. Ketua Polis Israel, Roni Alsheich memberitahu pihak media, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa serangan itu mendapat inspirasi daripada serangan rempuhan trak di Berlin bulan lalu, yang membunuh 12 orang.

Saksi-saksi kejadian mengatakan, mereka mendengar suara askar-askar menjerit dan memekik.

Seorang pemandu pelancong mengatakan, beliau terlihat trak berkenaan melencong ke bahagian tepi jalan dan askar-askar kemudian mula menembak.

Sumber: https://www.qudsn.ps/article/109175

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *