Saya berubah kerana dakwah dan tarbiyah: Jibrail Fitrah


Oleh Wan Mohd Amir Wan Mohamad Zaharuddin

DUNGUN, 17 Rabiulakhir 1438H, Isnin – Lepasan sekolah seperti lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil TInggi Agama Malaysia (STAM) sememangnya mempunyai banyak masa yang terluang sementara menunggu keputusan keluar.

Sekiranya masa ini tidak diisi dengan perkara yang bermanfaat, maka amat malang la buat remaja tersebut yang menjadi harapan untuk memimpin negara pada masa hadapan, tidak mempunyai hala tuju dan matlamat yang jelas dalam hidup.

Seramai hampir 200 orang lepasan sekolah 2016 cuba mengubah norma ini dengan menghadiri Karnival Lepasan Sekolah (KLS) Dungun 2017 yang telah diadakan di Dewan Kuliah Utama Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), Dungun pada 14 Janauri 2017.

Dalam salah satu pengisian dalam KLS Dungun 2017 kali ini, “Forum Bicara Santai: Survival di Alam Kampus”, penulis terkenal buku bertajuk “Si Kosong”, saudara Jibrail Fitrah Mohd Hami atau nama pena beliau Jibrail Fitrah, telah berkongsi dengan para peserta KLS Dungun 2017 kejayaan beliau bertahan di kampus tanpa gagal dan mengulang peperiksaan adalah kerana fokus dan serius melakukan dakwah dan tarbiyah melalui Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) di kampus beliau.

Forum ini telah disampaikan oleh tiga orang ahli panel hebat iaitu Coach Bakri, seorang motivator terkenal, Saudara Azaim, seorang mahasiswa jurusan Agama Islam di sebuah kolej universiti di Selangor dan Saudara Jibrail Fitrah, Mahasiswa jurusan kejuruteraan mekanikal.

Program KLS Dungun 2017 ini adalah yang pertama kali diadakan di dalam dearah Dungun ini, adalah merupakan salah satu program tahunan Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia (KRIM) yang telah diadakan sejak 10 tahun yang lalu.

Tujuan program adalah untuk memberi persediaan awal kepada remaja di Malaysia terutama kepada lepasan SPM, STPM, dan STAM untuk mempunyai matlamat yang jelas mengenai pengajian tinggi sebelum keputusan sebenar akan diumumkan tidak lama lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *