Rasuah: Perak tak halang penjawat awam main golf

IPOH, 12 Rabiulakhir 1438H, Rabu – Kerajaan negeri Perak tidak menghalang penjawat awam untuk bermain golf atau aktiviti sukan lain, namun ini tidak harus dijadikan tempat untuk mandapatkan sesuatu.

Menegaskan demikian, Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pihaknya akan sentiasa bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam membendung aktiviti rasuah seperti itu.

“Bagi saya permainan apa sekali pun, bukan hanya golf tapi sebarang permainan yang menjurus kepada amalan-amalan tidak baik dan dijadikan tempat untuk mendapat sesuatu, menggunakan kesempatan itu untuk ‘favouritism’ daripada seseorang, maka ini tidak boleh.

“Macam saya bermain bola sepak, tetapi kalau ada orang gunakan bola sepak itu untuk sponsor itu ini lah, bagi jersi.

“Tapi selepas itu hantar permohonan minta dekat saya, maka itu salah,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco negeri di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa semalam mengenai penjawat awam tidak dihalang untuk bermain golf atau menyertai aktiviti sukan seperti permotoran.

Namun, ia perlu dilakukan sebagai hobi tanpa melibatkan pihak berkepentingan seperti kontraktor, katanya. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *