Merokok boleh membunuh lapan juta orang setahun menjelang 2030: WHO

AMERIKA SYARIKAT, 12 Rabiulakhir 1438H, Rabu – Hasil kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati merokok dijangka akan membunuh lebih daripada lapan juta orang setahun menjelang 2030.

Kajian yang dijalankan dengan kerjasama Institut Kanser Kebangsaan Amerika Syarikat itu mendapati lebih daripada 80 peratus kematian berpunca rokok, berlaku di negara-negara yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Malah menurut kajian itu, merokok juga membebani kos ekonomi global melebihi 1 trilion dolar AS setiap tahun.

Kos berkenaan didapati jauh lebih besar daripada pendapatan global, hasil daripada cukai tembakau yang dianggarkan kira-kira AS$29 bilion pada 2013 hingga 2014.

Pakar kesihatan menegaskan, penggunaaan tembakau merupakan satu-satunya penyebab kematian yang boleh dicegah.

“Ia adalah tanggungjawab untuk lebih daripada AS$1 trilion dalam kos penjagaan kesihatan dan kehilangan produktiviti setiap tahun,” kata laporan itu.

Kos ekonomi dijangka akan terus meningkat meskipun kerajaan mempunyai cara untuk mengurangkan penggunaan tembakau dan mengurangi risiko kematian.

Sementara itu, Ketua kawalan unit Ekonomi Tembakau WHO, Yeremia Paul berkata, kaedah yang paling berkesan untuk mengurangkan bilangan perokok adalah dengan meningkatkan kadar cukai ke atas tembakau.

“Namun, ia juga adalah kaedah yang paling kurang digunakan untuk kawalan tembakau.

“Kebimbangan kerajaan mengendalikan hasil cukai tembakau akan menimbulka kepada kerugian ekonomi yang tidak dibuktikan dengan jelas,” katanya.- Agensi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *