Israel tembak mati pemuda Palestin di kem pelarian

JERUSALEM, 11 Rabiulakhir 1438H, Selasa – Askar rejim Zionis menembak mati seorang pemuda Palestin dalam serbuan di kem pelarian al-Faraa di utara Tebing Barat, hari ini, tidak sampai 48 jam selepas askarnya maut dirempuh trak dipandu warga Palestin.

Anggota politbiro Palestinian People’s Party (PPP), Khalid Mansour, berkata anggota tentera rejim Tel Aviv menembak mati Muhammad al-Salihi, 32, ketika menyerbu rumahnya.

Katanya, Muhammad dan ibunya terkejut apabila pasukan keselamatan Israel memasuki dan menggeledah rumah mereka.

“Muhammad mula menjerit ke arah mereka kerana menyangka mereka adalah pencuri, sebelum askar menembaknya dari jarak dekat di hadapan ibunya,” katanya.

Pihak perubatan di Hospital Turki di Tubas berkata, Muhammad ditembak sekurang-kurangnya enam das. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *