Ikatan sayangkan bangsa kian dileraikan

1. Perasaan sayangkan bangsa dan rasa keterikatan dengan saudara sebangsa adalah fitrah manusia, tak kira apa juga agama dan kepercayaan yang dianuti

2. Perasaan dan kesatuan ini sangat ditakuti musuh dan penjajah. Jadi, mereka menggunakan pelbagai teknik dan helah bagi meleraikan ikatan ukhuwah bangsa ini

3. Pertama, dengan cara menjatuhkan maruah sehingga jadi hina. Menyembunyikan sejarah dan budaya bangsa sehingga jadi terlalu terbuka. Apabila sudah biasa hina, tanpa jatidiri dan tertindas maka hilanglah kebanggaan terhadap bangsa sendiri

4. Kedua dengan cara memecahbelahkan bangsa itu mengikut demografi, ideologi, fragmen pengamalan agama dan budaya

5. Ketiga dengan cara provokasi, menuduh dan melabel. Secara semulajadi pihak yang berterusan dituduh rasis akan cenderung menimbang semula pendekatannya walaupun tuduhan tersebut ternyata palsu

6. Ketiga-tiga cara ini telah distrategikan dengan amat terancang dan halus, generasi demi generasi terhadap bangsa Melayu sehingga berkeadaaan seperti hari ini

7. Kita jahil tentang kehebatan silam dan sejarah bangsa, tertipu dengan helah politik dunia, malu dengan bangsa sendiri yang telah dirosakkan, sibuk mengkritik dan menghina serta marah pihak yang tolong memperjuangkan nasib bangsa bersama

Masihkah ada harapan buat bangsa ini untuk kembali gemilang?

Penulis: Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad
Ketua Pemuda Isma

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *