a
Terkini
14/12/2017, 2:58 am

Had laju dikurangkan 10km/sejam sempena Ops bersepadu Tahun Baru Cina

BANGI, 18 Rabiulakhir 1438H, Selasa – Had laju kenderaan akan dikurangkan sebanyak 10km/sejam bagi jalan persekutuan dan negeri dalam operasi Ops Bersepadu sempena Tahun Baru Cina.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, had laju akan diturunkan kepada 80km/sejam bagi jalan persekutuan dan 70km/sejam untuk jalan negeri dalam operasi bermula 21 Januari hingga 5 Februari depan.

Katanya, kenderaan besar akan dilarang daripada menggunakan lebuh raya pada 26, 27, 31 Januari dan 1 Februari.

“Pada tahun lepas, bilangan kematian disebabkan oleh kemalangan meningkat kepada lebih 7,000 kes.

“Ini amat membimbangkan. Statistik akan kekal statistik jika kita semua tidak mengambil sebarang langkah untuk mengurangkan kadar kemalangan,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Share With:
Rate This Article
Author

admin@ismaweb.net

No Comments

Leave A Comment