a
Terkini
12/12/2017, 10:00 pm

Presiden Isma ucap takziah kepada keluarga Adenan Satem

BANGI, 12 Rabiulakhir 1438H, Rabu – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana, mengucapkan takziah kepada anggota keluarga Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, yang meninggal dunia tengah hari tadi.

Presiden Isma, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, pemergian Allahyarham memberi kesan kepada rakyat Malaysia, khususnya penduduk di Sarawak.

“Allahyarham disifatkan sebagai pemimpin yang berjiwa rakyat dan sangat prihatin terhadap kemajuan dan pembangunan di Sarawak.

“Sudah pasti kehilangan Allahyarham hari ini meninggalkan kesan kepada penduduk di Sarawak khususnya,” katanya kepada Ismaweb, hari ini.

Adenan Satem dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 1.20 tengah hari tadi akibat komplikasi jantung di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak (HUS) Kota Samarahan, Sarawak.

Allahyarham dimasukkan ke Pusat Jantung HUS kelmarin, selepas mengadu mengalami keletihan melampau dan kesukaran bernafas.

Share With:
Rate This Article
Author

admin@ismaweb.net

No Comments

Leave A Comment