a
Terkini
14/12/2017, 12:49 am

Pra Himpunan Akta 355 diadakan di Machang malam esok

KOTA BHARU, 12 Rabiulakhir 1438H, Rabu – Pra perhimpunan Akta 355 – pehimpunan ‘raksasa’ menyokong Rang Undang-Undang 355 (RUU355) yang akan diadakan pada 18 Februari ini – akan diadakan di Machang, malam esok.

Pra Himpunan 355 itu akan dilangsungkan di Padang Majlis Daerah Machang bermula solat Isyak.

Program yang dianjurkan kerajaan negeri itu bakal menampilkan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Selain itu, anggota EXCO kerajaan negeri, Datuk Nassurudin Daud dan Ahli Parlimen Kota Bharu yang juga seorang peguam, Datuk Takiyuddin Hassan juga akan turut hadir.

Himpunan 355 dijangka berlangsung di Dataran Merdeka dengan bertemakan Ungu menyasarkan lebih 300,000 peserta terdiri daripada ahli-ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti-parti politik dan juga penyokong Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang membawa usul itu di Parlimen pada Mei tahun lalu.

Share With:
Rate This Article
Author

admin@ismaweb.net

No Comments

Leave A Comment