a
Terkini
14/12/2017, 9:01 pm

Kubur di SMK Sultan Abdul Samad hanya replika latihan

KUALA LUMPUR, 12 Rabiulakhir 1438H, Rabu – Tanda tanya mengenai kewujudan batu nisan dengan replika kubur yang diletakkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abdul Samad di Bukit Kuda, Klang terjawab apabila hasil siasatan Kementerian Pendidikan (KPM) mendapati ianya bertujuan untuk latihan amali sahaja.

KPM dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan bahawa pembinaan replika kubur oleh Panitia Pendidikan Islam sekolah berkenaan adalah berdasarkan kurikulum Pendidikan Islam Tingkatan Tiga mengenai ‘Pengurusan Jenazah’ bagi pelajar beragama Islam.

“Bagi mengelakkan kekeliruan dan menjaga sensitiviti pelajar bukan Islam, KPM telah mengarahkan pihak pengurusan sekolah berkenaan untuk memindahkan replika tersebut ke suatu sudut di kawasan surau sekolah bagi tujuan pembelajaran dan latihan amali,” menurut KPM.

KPM juga menyatakan bahawa replika tersebut bukan merupakan perkara wajib untuk diadakan namun ia merupakan inisiatif sekolah berkenaan bagi memberi kefahaman lebih jelas kepada pelajar mengenai tajuk pengajaran.

KPM berkata demikian merujuk kepada laporan media tempatan baru-baru ini bertajuk ‘Kenapa Ada Batu Nisan di Sekolah, soal Waytha’. -Bernama

Share With:
Rate This Article
Author

admin@ismaweb.net

No Comments

Leave A Comment