a
Terkini
14/12/2017, 9:08 pm

Hubungan Najib-China tak pikat pengundi Cina sokong BN

KUALA LUMPUR, 12 Rabiulakhir 1438H, Rabu – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menarik banyak pelabur dari China belum tentu disambut baik oleh masyarakat Cina di Malaysia, lapor Sin Chew Jit Poh.

Akhbar itu melaporkan Muhyiddin sebagai berkata, Najib sememangnya telah membawa balik perjanjian pelaburan bernilai RM144 bilion dari China, namun pengundi Cina tidak semestinya akan memberikan sokongan yang kuat kepada Barisan Nasional (BN) pada PRU14.

“Saya ada ramai kawan Cina yang memperkatakan isu ini. Mereka semuanya tidak setuju kedatangan syarikat-syarikat China membuat projek di negara kita kerana jika kerajaan beri peluang, usahawan-usahawan tempatan juga berupaya membina Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur dan Bandar Malaysia,” kata Muhyiddin.

Beliau juga percaya, pengundi Cina tidak akan tertarik dengan usaha Najib itu dan akan terus memberi sokongan kuat kepada parti pembangkang pada PRU14.

Malah, beliau berkata, orang Melayu juga tidak senang dengan kedatangan syarikat China ke Malaysia kerana boleh menjejaskan periuk nasi mereka.

“Jika semua projek diperoleh syarikat China, mereka tentu akan mengambil pekerja dan bahan binaan dari China. Ini bermakna rakyat di negara kita tidak akan mendapat sebarang faedah,” katanya.

Beliau turut mendakwa, pelaburan bernilai RM144 bilion itu sebenarnya bukan diperoleh oleh negara, sebaliknya adalah jumlah pinjaman dari China untuk membayar hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang dipenuhi skandal penyelewengan dana.

Share With:
Rate This Article
Author

admin@ismaweb.net

No Comments

Leave A Comment