a
Terkini
14/12/2017, 2:47 am

Dunia mesti bantah rancangan Trump pindah kedutaan AS ke Baitulmaqdis

RAMALLAH, 12 Rabiulakhir 1438H, Rabu – Pemimpin Palestin hari ini menyeru umat Islam, terutama di Timur Tengah, membantah rancangan bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, untuk memindahkan Kedutaan AS di Israel ke bandar yang diduduki – Jerusalem.

Amaran juga sudah dikeluarkan bahawa tindakan memindahkan kedutaan AS ke Jerusalem yang diduduki, yang secara tidak langsung mengiktirafnya sebagai ibu kota Israel, akan mencetuskan ketegangan di Timur Tengah dan bakal menghapuskan saki-baki usaha damai.

Pegawai kanan Palestin, Mohammad Shtayyeh berkata, tindakan memindahkan kedutaan AS ke Jerusalem bermakna berakhirnya penyelesaian penubuhan ‘dua negara’.

Katanya, pemimpin Palestin telah dimaklumkan oleh diplomat tertentu bahawa Trump akan memutuskan pemindahan itu dalam ucapan sulungnya pada hari mengangkat sumpah jawatan Presiden AS, 20 Januari ini.

“Pemimpin Palestin sedang menimbang akan menarik balik pengiktirafan terhadap Israel, jika tindakan itu dilakukan,” katanya.

Pemimpin Palestin juga sudah memasukkan isu itu sebagai agenda yang akan dibincangkan dalam mesyuarat Menteri-Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang bakal diadakan di Kuala Lumpur, 19 Januari ini.

“Kami rasa pemindahan kedutaan itu ke Jerusalem adalah langkah bahaya yang akan memberi kesan kepada landskap politik, aspirasi masa depan kami, kepada umat Islam, orang Arab, penganut Kristian dan masyarakat antarabangsa,” katanya.

Pemimpin Palestin juga kesal kerana Parlimen Israel mengumumkan Jerusalem atau Baitulmaqdis sebagai ibu negara mereka, sedangkan mereka menuntut menjadikan Jerusalem sebagai ibu negara Palestin.

Status bandar itu menjadi duri dalam daging konflik berpanjangan Palestin-Israel. Rejim Zionis menduduki Tebing Barat dan Jerusalem pada 1967, yang turut menempatkan Masjidil Aqsa.

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 23 Disember lalu, meluluskan resolusi meminta rejim Tel Aviv menghentikan pembinaan penempatan baharu di wilayah Palestin.

Pentadbiran Presiden Barack Obama tidak menggunakan kuasa veto untuk menghalang resolusi itu, menyebabkan Trump memberi isyarat bahawa dia akan melaksanakan dasar yang lebih baik kepada Israel.

Trump juga akan melantik penyokong kuat program pembesaran koloni Israel di Tebing Barat dan wilayah Palestin, David Friedman, sebagai duta ke Israel. – Agensi

Share With:
Rate This Article
Author

admin@ismaweb.net

Comments
  • Jika Bakal presiden pindah kedutaan dari Tel Aviv ke Jerusalem secara tidak langsung US mengiktiraf Baitul Maqdis ibu negara baru regim.

    Inilah impian pelopor gerakan zionis – menduduki bukit ZION untuk membina the THIRD TEMPLE “atau telahpun dibina”

    14/01/2017
  • Jew tidak akan setuju

    14/01/2017

Leave A Comment