a
Terkini
14/12/2017, 3:00 am

Remaja Muslim diberi penghormatan bantu kejar penyerang wanita Yahudi

BROOKLYN, 11 Rabiulakhir 1438H, Selasa – Seorang remaja Islam di Brooklyn, Ahmed Khalifa diberi penghormatan kerana merisikokan nyawanya untuk mengejar seorang suspek serangan di kawasan itu.

Khalifa yang merupakan pelajar Midwood High School berkata, pada 29 Disember lalu, dia sedang dalam perjalanan ke rumahnya apabila terlihat seorang lelaki menyerang seorang wanita Yahudi Ortodoks berusia 56 tahun dalam stesen kereta api bawah tanah.

Menurut laporan CBS New York, Khalifa sanggup keluar dari kereta api dan mengikuti suspek sehingga polis menahan lelaki terbabit.

“Saya hanya perlu mendapatkan dia (penyerang), itu sahaja yang saya mahu lakukan. Wanita itu seperti saudara saya, walaupun saya tidak kenal dia,” kata Khalifa.

Khalifa kini telah dihadiahkan dengan rujukan perundangan dan sebuah komputer riba.

Ahli Dewan Undangan, Dov Hikind malah menggelarnya sebagai seorang adiwira kerana keberaniannya itu.

Bapa Khalifa turut memberitahu akhbar itu bahawa dia memang berbangga dengan anaknya. – Agensi

Share With:
Rate This Article
Author

admin@ismaweb.net

No Comments

Leave A Comment