a
Terkini
14/12/2017, 12:44 am

Gunting bedah tertinggal 18 tahun dalam perut berjaya dikeluarkan

HANOI, 11 Rabiulakhir 1438H, Selasa – Sebilah gunting bedah yang tertinggal dalam perut seorang lelaki sejak 18 tahun lalu berjaya dikeluarkan dalam satu pembedahan baru-baru ini.

Pembedahan selama tiga jam di hospital wilayah Thai Nguyen dengan bantuan doktor Pakar dari Hanoi telah mengeluarkan gunting sepanjang 15 sentimeter.

Lelaki itu, Ma Van Nhat berusia 54 tahun hanya menyedari kewujudan gunting berkenaan apabila menjalani ujian ultra bunyi di hospital selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya, bulan lalu.

Ujian itu menunjukkan terdapat perkakas tajam di perut kiri­nya dan pemeriksaan susulan mengesahkan ada sebilah gunting bedah dalam perutnya.

Van Nhat berkata, gunting itu mungkin tertinggal se­masa dia menjalani pembedahan pada 1998 di Hospital Besar Bac Khan selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Bagaimanapun katanya, sejak pembedahan itu, dia tidak berasa apa-apa sehinggalah mengalami sakit perut luar biasa yang masih tidak sembuh walaupun selepas mengambil ubat tahan sakit.

Pakar bedah berkata, gunting berkenaan tersangkut pada beberapa organ berhampiran perut mangsa.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan mengarahkan Hospital Besar Bac Kan membuat laporan bagi mengambil tindakan terhadap pihak yang cuai.

Pengarah Hospital, Trinh Thi Luong berkata, pihaknya akan menyiapkan laporan itu, namun agak sukar apabila doktor di pusat perubatan berkenaan jarang menyimpan rekod pesakit lebih daripada tempoh 15 tahun. -Agensi

Share With:
Rate This Article
Author

admin@ismaweb.net

No Comments

Leave A Comment