a
Terkini
14/12/2017, 12:38 am

Gaya Hidup Halal menyatukan kita semua


“Wahai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.”
(Surah Al-Baqarah, ayat 168)

Walaupun Gaya Hidup Halal (GHH) banyak dipelopori dan diterajui oleh orang Islam, GHH adalah sebuah nikmat indah daripada Allah kepada seluruh manusia termasuk orang bukan Islam. GHH boleh dikecapi oleh sesiapa sahaja yang mahukan kebersihan dan keselamatan dalam gaya hidup mereka.

Umum mengetahui bahawa banyak kajian telah membuktikan kekotoran dan kebahayaan perkara yang diharamkan Allah, seperti khinzir, anjing dan arak. Justeru, dengan menjauhi elemen-elemen tidak sihat ini, masyarakat akan bersatu dan hidup dalam suasana harmoni.

Perpecahan dalam masyarakat akan berlaku jika terdapat segelintir orang yang menyangka bahawa GHH itu hanya untuk orang Islam. Hakikatnya, umat Islam sendiri memahami bahawa GHH itu adalah untuk seluruh manusia. Bukankah Islam itu rahmat kepada sekalian alam? 

Dari sudut teknikal, adalah wajar dan munasabah untuk sesebuah premis makanan menetapkan polisi ‘no non-halal food allowed’ bagi mengelakkan kontaminasi dan mengekalkan keyakinan pelanggan.

Bayangkan, ketika kita sedang memesan makanan di kaunter McDonalds, kita ternampak tukang masak di dapur sedang memegang tin minuman keras. Secara automatik, keyakinan kita terhadap tahap integriti Halal McDonalds akan terjejas. Dan kita semua maklum bahawa keyakinan dan kepercayaan adalah amat bernilai dalam dunia perniagaan. Membina kepercayaan mengambil masa bertahun-tahun, tetapi meruntuhkan kepercayaan hanya cukup dengan sesaat dua.

Tahukah anda; antara rahsia kejayaan Kentucky Fried Chicken (KFC) adalah mereka sentiasa berusaha berada setapak ke hadapan daripada garis panduan Halal JAKIM? Contohnya, walaupun JAKIM membenarkan water bath stunning dalam penyembelihan ayam sebagai sebahagian daripada proses restraining (pengekangan), KFC memilih untuk menggunakan kon. Penggunaan kon dalam sembelihan dapat mengekang ayam di samping mengelakkan kesakitan yang tidak diperlukan pada haiwan sembelihan.  Dari situlah KFC meraih kepercayaan masyarakat dalam aspek integriti Halal.

Jika integriti Halal diceroboh, pemilik premislah yang akan menanggung rugi baik dari segi imej mahupun jualan. Justeru, pemilik premis tidak perlu ‘ketar lutut’ dengan segelintir pelanggan yang kurang memahami keindahan nikmat GHH, sebaliknya melindungi kepentingan semua pelanggannya, yang mana mereka semua dapat disatukan di bawah GHH.

Kepada semua rakan non-muslim saya, saya mengalu-alukan anda menyertai GHH. GHH adalah untuk semua, dan GHH akan meyatukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Ustaz Bilal Jailani
Majlis Ulama Isma (MUIS)

Share With:
Rate This Article
Author

admin@ismaweb.net

Comments
  • Sijil Halal mesti diberi kepada syarikat yg majoriti atau Ada syer orang Islam malaysia sebagai pemegang saham. Syarat Ini mesti diketatkan supaya tokeh yg bukan Islam Tak boleh menipu orang Islam lagi. Sbb saya pernah jumpa tokeh kedai CRS chicken Rice shop yg bukan Islam membawa bahan mentah dari rumah Mereka untuk dimasak di premis Mereka. Tukang masak berugama Islam Di kedai tidak membantah pun. Yg jadi mangsa adalah orang Islam kerana kedai itu Ada logo halal jakim

    28/04/2017

Leave A Comment