VIDEO | Isu & Permasalahan Politik Islam di Malaysia

Dalam memurnikan perbezaan orang politik dan rakyat, pemimpin politik tidak seharusnya terlalu lantang dalam sesuatu isu sebaliknya harus bijak dalam menyelesaikan perbalahan politik agar perkara ini tidak berterusan dan boleh menggugat kestabilan negara.

Jika wujud sesuatu isu yang boleh menimbulkan perbalahan, perkara yang terbaik untuk dilakukan adalah mengadakan perbincangan agar masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan baik. Begitulah sedikit sebanyak intipati yang dijelaskan oleh Presiden dan Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL), Prof Dato Dr Mohammad Redzuan Othman dalam pembentangan ini.

Multaqa Perundangan & Politik Majlis Perundingan Islam (MPI) ini telah berlangsung pada 15 Disember 2016 bertempat di The Everly Hotel, Putrajaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *