VIDEO | Ancaman kepada Kuasa Politik Melayu Bumiputera

Apa yang jelas kelihatan adalah masyarakat Melayu kini mempunyai banyak pilihan untuk mengundi parti dan seterusnya membawa suara mereka ke dalam Dewan Rakyat. Persoalannya adakah dengan pilihan parti yang banyak ini akan memberi kelebiham orang Melayu atau hanya akan memecahkan undi orang Melayu.

Dalam dua pilihan raya yang lalu, sokongan kepada parti-parti yang mewakili orang Melayu dilihat berpecah kepada UMNO, PAS dan PKR. Manakala undi orang Cina dilihat padu menyokong DAP dengan menyaksikan MCA yang selama ini menjadi tulang belakang masyarakat Cina dan Barisan Nasional untuk membawa suara mereka kalah teruk di kawasan bandar yang mempunyai majoriti pengundi Cina.

Perkara ini dijelaskan oleh Presiden dan Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL), Prof Dato Dr Mohammad Redzuan Othman dalam pembentangan beliau di Multaqa Perundangan & Politik Majlis Perundingan Islam di Putrajaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *