Berita Utama

Tan Sri Abdul Aziz meninggal dunia

Pernah galas jawatan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah

KUALA LUMPUR, 29 Safar 1442H, Sabtu – Bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin, 82, meninggal dunia pada kira-kira 11.52 malam tadi.

Perkara itu dimaklumkan dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi Majlis Perundingan Melayu (MPM).

“Solat jenazah akan diadakan di Bukit Damansara selepas solat subuh hari Sabtu, 17 Oktober 2020 (hari ini). Namun demikian, kami mohon maaf SOP PKPB hanya mengizinkan 20 orang sahaja untuk melaksanakan solat jenazah.

“Jenazah akan dikebumikan di Gopeng, Perak,” menurut MPM dalam hantaran itu.

Menerusi hantaran itu juga, MPM memohon agar orang ramai dapat mendoakan Allahyarham dan rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan para solihin. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button