Hampir jadi paderi, mualaf nekad berdakwah hingga akhir hayat

TANJUNG MALIM, 12 Rabiulawal 1438H, Isnin – Tidak sesekali akan berhenti berdakwah menjadi pegangan seorang mualaf, Azmi Chai Abdullah, 56, yang dipilih sebagai penerima Anugerah Pendakwah sempena sambutan Maulidur Rasul 1438H peringkat Perak, hari ini.

Bapa kepada lima anak yang kini berkhidmat sebagai pendakwah di Pejabat Agama Daerah Ipoh itu, berkata beliau akan terus membantu meningkatkan syiar Islam hingga akhir hayat walaupun kesihatannya kurang memuaskan sekarang.

Anak jati kelahiran Ipoh itu merupakan seorang pendakwah yang giat menjalankan dakwah selama hampir 40 tahun dalam mendekati golongan mualaf di Perak.

“Saya memeluk Islam pada 1977 di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) ketika berusia 17 tahun dan selang beberapa tahun kemudian saya aktif berdakwah sehingga kini.

“Alhamdulillah sepanjang 40 tahun saya telah mengislamkan lebih 200 orang di Ipoh dan saya juga mengadakan kelas pengajian agama Islam untuk saudara baharu setiap hujung minggu selain mengajar pengurusan jenazah, Tauhid, Fekah dan Akidah,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menerima anugerah itu, di samping wang tunai RM3,000 dan sijil penghargaan daripada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Dewan Sri Tanjung di sini.

Azmi Chai yang merupakan Anggota Jawatankuasa (AJK) Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) dan AJK Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) berkata beliau sering menjadi rujukan oleh saudara baharu.

Berkongsi sedikit kisah hidupnya, Azmi Chai berkata pada usia 15 tahun, beliau hampir menjadi paderi selepas mengikuti kursus berkaitan mubaligh di negara jiran sebelum tergerak hati untuk mendekati Islam. –
Bernama

3 thoughts on “Hampir jadi paderi, mualaf nekad berdakwah hingga akhir hayat

  1. CONTOH PADERI DAN MUBALIGH KRISTIAN YANG TERKENAL TELAH MENINGGALKAN AGAMA KRISTIAN DAN MEMELUK AGAMA ISLAM DAN BERDAKWAH DI JALAN ALLAH. Alhamdulillah mereka telah mendapat hidayah dari Allah :

    Dr. Jerald F. Dirks – Former minister (deacon) of the United Methodist Church. He holds a Master’s degree in Divinity from Harvard University and a Doctorate in Psychology from the University of Denver. Author of The Cross and the Crescent: An Interfaith Dialogue between Christianity and Islam (ISBN 1-59008-002-5 – Amana Publications, 2001). He has published over 60 articles in the field of clinical psychology, and over 150 articles on Arabian horses

    Viacheslav Polosin – Former Archpriest of the Russian Orthodox Church

    Abdullah al-Faruq – Formerly Kenneth L. Jenkins, minister and elder of the Pentecostal Church

    Khadijah ‘Sue’ Watson – Former pastor, missionary, professor. Master’s degree in Divinity

    Ibrahim Khalil – Former Egyptian Coptic priest

    Martin John Mwaipopo – Former Lutheran Archbishop

    Raphael – Former Jehovah’s Witness minister (Source: The Islamic Bulletin, San Francisco, CA 94141-0186)

    George Anthony – Former Catholic priest in Sri Lanka.

    Dr. Gary Miller (Abdul-Ahad Omar) – Former Christian missionary. G.R. Miller is a mathematician and a theologian.

    Yusuf Estes (born Joseph Estes, 1944) – Former Christian missionary in Texas, USA.

  2. Contoh pendakwah Kristian dan ulama Yahudi yang telah meninggalkan agama mereka dan memeluk agama Islam dan sebab mengapa mereka memeluk agama Islam:

    Prof. Abdul Ahad Dawud, Former Bishop of Uramiah, Formerly the Reverend David Benjamin Keldani, B.D.

    Abu Ishaq, Coptic Cardinal accepts Islam

    Aminah Assilmi “I couldn’t be a Muslim! I was American and white!”

    Anonymous Female Missionary – Former Catholic missionary

    Muslima, The Former Catholic Missionary (Burundi)

    Rabbi Moisha Krivitsky of Makhachkala synagogue. ′I live in the mosque′.

    Selma A. Cook, , Australian Missionary′s Journey to Allah.

    S.M. SULAYMAN, (Former Baptist Church Minister), U.S.A.

    Dr. Yahya A.R. Lehmann, Doctor of Theology, (Former Roman Catholic Priest Germany)

    Yusuf Estes (Ex Preacher), the great caller for Islam

    Rujukan : http://www.usislam.org/converts/PriestsRabbis.htm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *