Apabila Pembela Syi’ah Dan Pemuja Sosialis Meroyan Terhadap Aman Palestin

Apabila pembela-pembela Syi’ah Malaysia dan pemuja fahaman Sosialis mengecam Aman Palestin kerana menghantar memo bantahan kepada kedutaan Rusia pada hari Jumaat minggu sudah, saya cuba untuk memahami apakah yang mendorong mereka berbuat demikian.

Pada pendapat saya, terdapat beberapa faktor di sebaliknya yang dapat disebut secara ringkas seperti berikut:

Pertama: Ideologi Syi’ah tidak ada masalah untuk bekerjasama dengan ideologi Sosialisma apabila terdapat apa-apa percubaan untuk meletakkan Rusia dan Iran sebagai pihak yang bersubahat dalam tragedi Holocaust umat Islam di Syria.

Kedua: Sebarang bantahan (atau bantuan) umat yang prihatin terhadap musibah yang menimpa umat Islam di negara yang didiami oleh penganut-penganut ajaran Syi’ah dan Muslimin Ahlus Sunnah akan segera dikaitkan dengan isu perbezaan mazhab. Senario seperti ini sama seperti mana-mana tindakan atau kenyataan yang mengecam Israel di atas jenayah perang di palestin akan segera dilabel sebagai ‘Anti-Semitisma’.

Ketiga: Terdapat perlumbaan di kalangan negara-negara dunia untuk bertapak dan mengukuhkan pengaruh masing-masing di Syria melalui peperangan proksi antara Rusia, Iran dan Amerika Syarikat. Sejarah campurtangan ketiga-tiga negara di atas sudah termaklum bagi pengkaji-pengkaji politik antarabangsa dan Timur Tengah. Persenjataan dan logistik ketenteraan negara-negara tersebut adalah penyumbang terbesar kepada mangsa peperangan dan statistik pelarian yang sangat tinggi.

Keempat: Di sebalik kesukaran untuk mengenal pasti dan menuding jari terhadap pihak yang menjadi dalang atau pihak yang bersalah terhadap angka kematian dan kemusnahan yang berlaku di kawasan-kawasan panas Syria, satu yang pasti adalah terdapat ratusan ribu mangsa dan pelarian. Kumpulan ini merupakan pihak yang tersepit antar cuaca terlampau sejuk bawah paras Celsius dan juga percaturan politik pihak-pihak bertelagah.

Kelima: Misi-misi bantuan kemanusiaan selalu menghadapi kesukaran untuk masuk walau ke kawasan khemah-khemah pelarian (dan bukannya lokasi konflik). Lebih parah apabila NGO-NGO bantuan akan dilabel sebagai pro/penyokong mana-mana pihak yang bertelagah, yang hanya ingin mendapat laluan bebas dan selamat untuk menyampaikan bantuan kepada mangsa konflik, khususnya pelarian.

Keenam: Sesuatu yang menghairankan apabila kumpulan militan anti-Islam DAISH tidak pula menjadikan Iran atau Israel sebagai sasaran mereka, sedangkan mereka memiliki kemampuan untuk beroperasi di hampir semua negara Islam. Terdapat juga beberapa analisa yang mengaitkan kewujudan DAISH sangat berkait rapat dengan kepentingan Amerika Syarikat di negara-negara yang terlibat.

Ketujuh: Tragedi yang menimpa umat Islam di Syria telah menggerhanakan nasib dan masadepan hampir satu juta umat Islam Ahlus Sunnah Wal Jama’ah di Mausil (Mosul) Iraq yang kini sedang berhadapan dengan pihak musuh dari segala arah – DAISH, Iran, Iraq, Syria, Kurdistan, Amerika Syarikat dan kebanyakan negara Eropah (termasuk Jerman yang merupakan penyumbang dana terbesar). Mausil adalah kubu pertahanan terakhir bagi umat Islam Ahlus Sunnah di Iraq.

Kelapan: Konflik-konflik yang berlaku di Syria dan Iraq secara khususnya hari ini adalah demi membela dan mempertahankan kewujudan Israel. Entiti haram itu adalah penerima segala manfaat dari semua pergolakan dan konflik di bahagian dunia sebelah sini. Iran, Syria, Rusia, Amerika Syarikat malah Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (termasuk badan dunia itu sendiri) adalah ‘sekutu’ kuat Israel.
Apa sahaja konflik yang berlaku di Timur Tengah adalah demi Israel. Dan Iran adalah negara Syi’ah Safawi Majusi yang paling hipokrit dalam menangani isu Palestin.

Justeru itu, kenapa Aman Palestin yang menjadi sasaran sedangkan sehari sebelum penyerahan Nota Bantahan Aman Palestin di kedutaan Rusia, terdapat satu demo yang melibatkan belasan NGO Islam lain di hadapan kedutaan Syria, namun tiada pula gerombolan Syi’ah dan pemuja Sosialisma melalak, memekik dan melolong kat alam maya.

Penulis: Mohd Luttfi Abdul Khalid

2 thoughts on “Apabila Pembela Syi’ah Dan Pemuja Sosialis Meroyan Terhadap Aman Palestin

  1. Bro..first thing first..xyah nk sembang psl mazhab dl bro..get your fact straight first..jgn amek maklumat bro bc dr AFP..CNN..BBC..dan seangkatan dengan nya..dorg tu dah tentu2 musuh islam..shiah ke sunni ke wahabbi ke..plz bro..jgn diperdayakan media barat..

  2. Majlis Fatwa telah membuat fatwa bahawa ajaran Syiah adalah sesat yang bererti puak Syiah adalah sesat. Dan puak Syiah juga telah mengkafirkan para sahabat Rasulullah S.A.W. maka tuduhan kafir itu telah kembali kepada puak Syiah. Puak Syiah juga mendakwa Al-Qur’an tidak lengkap yang bererti Puak Syiah tidak beriman dengan Al-Qur’an. Puak Syiah juga menghalalkan Zina iaitu ‘nikah mut’ah’ sedangkan Nabi Muhammad S.A.W. telah mengharamkan ‘nikah mut’ah’. Semua tindakan Syiah ini bererti puak Syiah telah murtad atau kufur akidah.

    Oleh sebab itu kita tidak merasa hairan melihat puak Syiah Syria, Lebanon dan Iran bekerjasama dengan Russia, China, Amerika Syarikat, Israel dll menindas dan menghapuskan umat Islam ((Ahlus Sunnah Wal Jamaah) di Syria kerana puak Syiah termasuk dalam komplot Zionis menghapuskan umat Islam ((Ahlus Sunnah Wal Jamaah) untuk menyelamatkan Israel.

    Di waktu negara-negara Arab berperang dengan Israel, Iran hanya menjadi penonton sahaja. Di waktu rejim pengganas Israel menyerang Gaza, Syiah Iran menjadi penonton sahaja. Iran tidak pernah berperang dengan Israel seolah-olah mereka hidup harmoni dan wujud love affair di antara mereka.

    Amatlah malang terdapat segelintir orang Melayu menganut ajaran Syiah sesat dan menulis sokongan mereka dalam facebook dll terhadap tindakan puak Syiah menghapuskan umat Islam ((Ahlus Sunnah Wal Jamaah) di Syria dll. Mereka merasa gembira setiap kali pengganas Syiah membunuh umat Islam dan mereka meraikan kemenangan puak Syiah.

    Pemuja sosialis adalah talibarut Russia maka kita tidak merasa hairan melihat mereka menyokong penuh keganasan dan kekejaman Russia ke atas umat Islam Syria. Jika Russia menjajah negara ini, puak Sosialis dan Syiah akan mengalu-alukan kedatang tuan Russia mereka ke negara ini dengan karpet merah.

    Sesungguhnya puak Syiah Melayu dan pemuja sosialis adalah pengkhianat yang kejam, musang berbulu ayam, gunting dalam lipatan dan musuh dalam selimut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *