REHDA mohon kerajaan tak kenakan caj tambahan

KUALA LUMPUR 14 SEPTEMBER 2016. President Real Estate Housing Developers Association (REHDA), Datuk Seri FD Iskandar. NSTP/SAIRIEN NAFIS

Sumber foto: NSTP/SAIRIEN NAFIS

KUALA LUMPUR, 30 Safar 1438H, Rabu – Kerajaan diharapkan agar tidak mengenakan caj tambahan yang akan membawa kepada peningkatan kos dalam pembinaan perumahan negara.

Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Datuk Seri FD Iskandar berkata, dalam keadaan pasaran yang agak perlahan, REHDA mengharapkan kerajaan dan pihak berkaitan memahami kesukaran pemaju.

Beliau juga meminta kerajaan mengkaji semula peruntukan polisi, undang-undang, garis panduan dan prosedur yang kurang praktikal dalam industri perumahan bagi memastikan pembinaan perumahan negara kekal efisien.

“Kami di REHDA bersedia untuk berbincang dengan kerajaan supaya kita dapat sama-sama mencari jalan terbaik bagaimana kos pembangunan dapat dikurangkan bagi kebaikan semua pihak terutama pembeli,” katanya berucap pada majlis makan malam tahunan di sini, malam ini.

FD Iskandar berkata, sebelum sesuatu polisi dan dasar baharu diperkenalkan atau dipinda, kerajaan juga diharap dapat mengambil kira kedudukan pemaju terutama pemaju perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Ini kerana mereka adalah majoriti pemain industri yang kebanyakannya menjalankan pembangunan di kawasan yang agak terpinggir dan akan paling terkesan sekiranya sesuatu langkah yang bersifat negatif dikenakan ke atas industri ini,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *