Seminar Pemerkasaan Belia bincang isu geopolitik antarabangsa

850521903_16759_9148972213619575435

BANGI, Jumaat – Seminar Pemerkasaan Belia anjuran Pusat Pembangunan Kepimpinan Muslim (MILAD) bakal mengetengahkan dan membincangkan isu berkaitan geopolitik antarabangsa.

Pengarah MILAD, Salman Abdul Rahman berkata, seminar itu bertujuan memberi pendedahan kepada kepimpinan muda mengenai isu geopolitik berdasarkan perspektif perdagangan dan ekonomi antarabangsa.

“Kita tampilkan dua isu besar yang sedang berlaku sama ada sedar atau tidak iaitu One Belt One Road (OBOR) yang juga dikenali sebagai Jalan Sutera Baru, diasaskan oleh China.

“Dan yang kedua mengenai Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) yang diketuai oleh Amerika Syarikat.

“Kita nak lihat bagaimana, kedua-dua isu ini beri kesan kepada negara Islam yang sepatutnya menjadi perhatian kepada pemimpin masa hadapan,” katanya ketika dihubungi Ismaweb, hari ini.

Seminar itu turut menampilkan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar, International Centre for Education in Islamic Finance (INCEIF), Mustapha Ishaq Akinlaso, bekas Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina), Ibrahim Mohd Hasan dan Ketua Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Muhammad Lukman Alhakim Muhammad.

Program yang dijadualkan berlangsung pada 21 Ogos 2016 akan diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak dengan yuran sebanyak RM35 seorang.

Pembayaran bagi penyertaan boleh dibuat menerusi akaun Maybank Malaysia-Turkey Friendship Foudation (MTF Foundation), 562263509786 atau menghubungi wakil penganjur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *