Forum Sudut Pandang bincang isu semangat patriotik 22 Ogos ini

forum

BANGI, Jumaat – Forum Sudut Pandang Siri kelima akan dianjurkan pada Isnin ini dengan kupasan tajuk perbincangan ‘Patrotisme Yang Hilang’ sempena bulan kemerdekaan.

Forum ini dianjurkan oleh Portal Islam dan Melayu www.ismaweb.net dan Arus Baru.

Wakil penganjur, Rasyidah Arsyad berkata, isu patriotisme ini dipilih sebagai tajuk adalah kerana masyarakat dan generasi hari ini dilihat semakin luntur akan semangat cintakan negara dan tanah air.

“Oleh itu, kita mahu isu ini dikupas bagi menyedarkan semula betapa pentingnya semangat patriotisme yang mesti ada dalam setiap diri masing-masing ,” katanya.

Forum ini akan diadakan di Dewan Seminar Ibu Pejabat Ikatan Muslimin Malaysia di Bandar Baru Bangi bermula jam 8.30 malam.

Forum Sudut Pandang dengan slogan Suara Baru Ummah kali ini akan menampilkan Aktivis sosial, Khairul Buzze Azam, Penganalisis IRIS, Yusri Jamaluddin dan Ustaz Ibrahim Hassan Al-Hafiz sebagai moderator.

Sebelum ini pada 3 Jun, Forum Sudut Pandang telah membincangkan isu berkaitan memperkasa Mahkamah Syariah, realiti dan cabaran yang perlu dihadapi.

Bagi mereka yang berminat menghadiri forum ini, sila berdaftar melalui pautan berikut: http://bit.ly/regviewpoints

One thought on “Forum Sudut Pandang bincang isu semangat patriotik 22 Ogos ini

  1. Mu-ham-mad Bin Ra-zak!

    As-sa-la-mu-‘a-lai-kum. Is-lam i-tu a-ga-ma yang sem-pur-na. Ja-ngan-lah ka-mu mem-per-se-ku-tu-kan Al-lah s.w.t ke-ra-na ia-nya ber-mak-na mur-tad! Ji-ka an-da ku-fur kem-ba-li-lah ke pang-kal ja-lan de-ngan mem-ba-nyak-kan me-nga-ji Al – Qur-an Al – Ka-rim. Syur-ga dan ne-ra-ka pi-li-han di-ri sen-di-ri. Sub-ha-nal-lah. I-tu tan-da sa-yang-nya Al-lah s.w.t ke-pa-da ki-ta. Was-sa-la-mu-‘a-lai-kum.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *