Berita Utama

Karier KJ lebih cerah jika bersama PN

Mampu kukuhkan portfolio politiknya, selain raih sokongan Melayu

BANGI, 20 Zulkaedah 1444H, Jumaat – Perjalanan karier politik Khairy Jamaluddin dijangka menjadi lebih cerah sekiranya bersama dalam Perikatan Nasional (PN) berikutan gabungan itu mendapat sokongan Melayu yang lebih kukuh berbanding Pakatan Harapan (PH).

Penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata, PN kini mempunyai sokongan Melayu yang lebih kukuh dan itu penting bagi membolehkan seseorang ahli politik memegang jawatan Perdana Menteri.

“Khairy juga dapat mengukuhkan lagi portfolio karier politiknya sekiranya bersetuju menyertai PN dan menjadi calon Menteri Besar di Negeri Sembilan.

“Beliau juga boleh meraih lebih ramai sokongan Melayu jika menyertai PN,” katanya seperti dipetik MalaysiaNow, hari ini.

Mengulas lanjut, Prof Ahmad Atory berkata, UMNO kini tidak ‘sehebat’ dulu, malah dakwaan parti itu mempunyai kestabilan dan sokongan rakyat hanya propaganda.

“Dulu banyak negeri dianggap sebagai kubu UMNO termasuk Negeri Sembilan.

“Tetapi satu persatu tumbang apabila sokongan Melayu sudah beralih sekali gus mencerminkan prestasi UMNO yang semakin merosot,” katanya.

Justeru, beliau memberi keyakinan besar penyertaan bekas Menteri Kesihatan itu mampu meraih sokongan orang Melayu sekiranya terlibat dalam PN.

“Kini sokongan Melayu beralih kepada PAS dan Bersatu, oleh itu Khairy boleh raih sokongan orang Melayu jika menyertai PN,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button