Ramadan bulan Al Quran

8666

Satu Muhasabah…

1.Ramadhan adalah bulan diturunkan al Quran malah kemuliaan Ramadhan berkait rapat dengan keagungan al Quran sebagai Kitab Hidayah yang menerangi semula alam ini selepas ditenggelami kegelapan Jahiliah.Mengeluarkan manusia daripada kegelapan nilai Kufur kepada cahaya Hidayah Islam.

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِۚ

Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang  Salah.

2.Hakikat Kemuliaan al Quran ini terserlah apabila Allah menjadikan malam penurunannya sebagai lebih baik daripada seribu bulan iaitu Malam Lailatul Qadar..

إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ

Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

3.Pada hakikatnya juga keseluruhan HIDAYAH adalah bersumber daripada al Quran bermula daripada , Petunjuk tentang kewujudan Allah Tuhan semesta Alam, perkhabaran tentang Syurga dan Neraka serta alam Akhirat sehinggalah perkhabaran tentang amalan mereka yang berada didalam Hidayah yang mendapat kejayaan begitulah sebaliknya amalan golongan yang sesat yang dalam kesensaraan. Semua itu asalnya daripada Al Quran walaupun ianya disampaikan oleh orang yang berlainan dalam tradisi ilmu yang berbagai.

4.Jika begitulah keadaanya bekas diturunkan Al Quran sehingga bulan di mana diturunkanya dijadikan sebaik baik bulan dan malam yg diturunkannya dijadikan Allah lebih baik daripada seribu bulan maka tentulah isinya iaitu al Quran itu lebih mulia dan besar fadhilatnya.

5- Di sinilah sepatutnya bermulanya suatu Muhasabah diri…

Di mana kita dengan Al Quran…?

1) Di mana kita dengan Tilawah al Quran…?
2) Di mana kita dengan usaha memahami al Quran?
3) Di mana kita dengan usaha melaksanakan apa yang kita tahu tentang tanggunjawab daripada al Quran sama ada untuk diri kita atau orang di sekitar kita..?
4) Di mana kita dengan usaha melaksanakan AMANAH yang terkandung di dalam al Quran untuk dilaksanakan di alam nyata di permukaan bumi ini sebagai khalifah yang memakmurkan muka bumi dengan apa yang diredhai Allah.

Semoga ia menjadi muhasabah diri dalam kita menghayati iktikaf dan mencari Malam LAILATUL QADAR..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *