Diboikot kerana masuk Islam pada ceramah Dr Zakir Naik

13051679_10154009829757936_3138816684627961870_n

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, Jumaat – Seorang lelaki berketurunan Sikh yang memeluk Islam ketika ceramah pendakwah Islam terkemuka, Dr Zakir Naik di Stadium Bukit Jalil pada 14 April lalu, mendedahkan beliau kini diboikot dan dibuang kerja kerana tindakannya itu.

Harinder Pal Singh, 23, kelahiran India, dilaporkan hilang pekerjaan sebagai kakitangan swasta selepas kontraknya tidak lagi disambungkan oleh pihak syarikat.

Malah, beliau juga telah dihalau oleh rakan serumah yang bimbang penghijrahannya kepada Islam itu akan mempengaruhi rakan-rakan lain.

“Saya perlukan pekerjaan,” katanya ketika ditemubual dalam program Into Taqwa terbitan TV Al Hijrah.

Harinder yang kini tinggal bersama keluarga angkatnya berkata, beliau tidak mahu mengharapkan simpati namun memerlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan.

Sebelum ini, Harinder secara rela hati memeluk Islam selepas mendengar penjelasan Dr Zakir Naik membuktikan wujud persamaan antara al-Quran dan kitab agama yang diikutinya sebelum ini, bahawa Allah hanya satu dan Nabi Muhammad SAW pesuruhnya.

“Sekarang saya jelas bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah,” katanya pada ceramah Zakir Naik, baru-baru ini.

Selain beliau, lima lagi individu yang telah memeluk Islam pada ceramah Dr Zakir Naik di Malaysia antaranya Wu Nina Grace, Joel, Michelle, Euroshia dan Senkiram Dharma.

3 thoughts on “Diboikot kerana masuk Islam pada ceramah Dr Zakir Naik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *