Tak perlu guna ulama luar untuk dapat keabsahan perjuangan

ustaz abdullah zaik abd rahman 8nov2015
TIDAK perlu menggunakan ulama dari luar untuk mendapat keabsahan perjuangan jika kepimpinan miliki keyakinan diri serta kelayakan keilmuan untuk memimpin.

Ulama biasanya akan bagi fatwa mengikut maklumat yang diberikan kepada mereka.

Tanpa menyangkal keilmuan sesiapa, seseorang ulama juga perlu benar-benar memahami realiti politik negara yang hendak difatwakan sebaiknya daripada sumber yang jujur sebelum mengeluarkan apa-apa fatwa atau pandangan syarak bagi mengelakkan ia memberi jawapan yang dipandu.

Ini kerana apabila salah maklumat diberi, fakta terpilih, cerakinan cereka yang bermotif, fakta bercampur baur atau terseleweng maka fatwa juga akan jadi seleweng dan tidak tepat.

Sebaiknya ulama luar jangan campur urusan negara lain kalau tidak benar-benar pasti maklumat yang diterima atau dirasai fatwa didorong untuk mengikut hawa nafsu pihak yang meminta fatwa.

Fatwa yang dipandu oleh kehendak, hawa dan kepentingan orang yang meminta fatwa boleh menyesatkan dan mengelirukan orang ramai.

Tambahan lagi ia juga akhirnya akan menjatuhkan imej ulama tersebut, apabila fatwa yang diberikan diguna secara salah oleh penanya.

Kumpulan Islam atau parti politik juga dinasihat supaya tidak mengeksloitasi kekurangan maklumat ulama dari luar untuk mendapat keabsahan perjuangan mereka.

Mereka harus lebih yakin kemampuan ijtihad mereka sendiri jika ingin berjuang.

Ketidakyakinan atas keupayaan ijtihad kendiri dibimbangi menyebabkan kegagalan kepimpinan untuk membawa pengikut dan masyarakat ke arah jalan petunjuk yang diredai Allah.

Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma)

2 thoughts on “Tak perlu guna ulama luar untuk dapat keabsahan perjuangan

  1. Terlalu banyak kalimah bacaan alQuran “al-Islam” yang ditakwil… kemudian dipinjam jadi Islam untuk diperkatakan oleh golongan yang bergelar dengan berbagai AL….. dihadapan nama masing-masing. Persoalan yang belum jelas (mutasyaabihat – samar-samar) yang membelenggu umat yang mengaku berAgama tauhid & berI’ttiqad dengan I’ttiqad yang diredhoi Allah Islam (al-Islam) diseluroh dunia Islam hari ini :-

    1) Apa itu (hakikat) kalimah bacaan alQuran “al-Islam” ?
    2) Siapa berkuasa menguatkuasakan “al-Islam” pada mana2 anak Adam ?
    3) Pada bhgian mana jasad anak Adam itu “al-IslamNya” bersaranag ?
    4) Terhadap apakah anak Adam itu menguatkuasakan “al-IslamNya” ?
    5) Bgaimana menjadi golongan “al-Islam” yg benar disisi Allah (alQuran) ?
    6) Bgaimana gugur dari golongan “al-Islam” ?
    7) Gugur dari golongan “al-Islam” jadi golongan apa ?
    8) Apakah yang membezakan antara “al-Islam” dengan “al-Yahud” ?
    ///
    BieJey (BJ)
    ///

  2. Kalimah bacaan alQuran ‘al-Islam” wajib bukan Agama (Addeen)… lalu Islam – “al-Islam” itu apa ???
    Pihak berwajib hendak mengambil tanggung jawab bagi mencerahkan pemahaman perkara ini (titik)
    ///
    BieJey (BJ)
    ///

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *