10 Cawangan UMNO Bahagian Sepang desak Najib letak jawatan

najib razak 1
KAJANG, Rabu – Sebanyak 10 Cawangan UMNO Bahagian Sepang mendesak Presiden parti merangkap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatannya.

Dalam sidang media di sini malam tadi, Ketua UMNO Cawangan Rista Villa Perdana, Rushdan Mohamed bersama tiga lagi ketua cawangan berkata Najib sudah diberi masa yang cukup panjang bagi menyelesaikan masalah IMDB dan ‘derma’ RM2.6 bilion.

“Enam bulan sudah berlalu tapi masih belum ada penyelesaian. UMNO bukan milik peribadi Datuk Seri Najib. Saya tak nampak hari ini apabila bersama akar umbi, bersama pengundi bahawa UMNO dan BN akan dipilih sekali lagi.

“Jadi saya amat berharap dan merayu kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meletakkan jawatan sebagai Perdan Menteri dan seterusnya Presiden UMNO.

“Jika Datuk Seri sayangkan parti keramat ini, sudah sampai masanya kerana masa diberikan lama sekali untuk Datuk Seri selesaikan masalah,” katanya, lapor The Malaysia Insider.

 

2 thoughts on “10 Cawangan UMNO Bahagian Sepang desak Najib letak jawatan

  1. Queenkimkim@yahoo.com

    I am not a politician and all these while i voted for BN in Sabah. One bad egg doesn’t mean the whole basket is rotten. Now we have to think as one Malaysian to solve our problems and not fighting among ourselves destroying for further damage. Najib can resign and the next PM is still from UMNNO. We have waited too long and everyone is getting impatient especially at this roller coaster economy. Now is the right time to attract in foreign investors since our ringgit is at its low and employment for the young graduates can be over come….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *