Berita Utama

Kerajaan Malaysia digesa usul serangan Zionis di Gaza sebagai jenayah perang

‘Malulah kita di Malaysia tidak nyatakan pendirian di Parlimen’

BANGI, 16 Rabiulakhir 1445H, Selasa – Perikatan Nasional (PN) menggesa Parlimen menyatakan pendirian tegas berhubung peperangan di Palestin akibat serangan Zionis yang mengorbankan ribuan rakyat tidak bersalah.

Justeru, satu usul yang jelas dituntut diutarakan bagi mengecam tragedi yang sedang berlaku sejak 7 Oktober lalu sebagai ‘jenayah perang’.

Timbalan Ketua Pemuda PN, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mendakwa, setakat ini, istilah ‘penjenayah perang’ yang ditujukan kepada rejim Zionis Israel masih belum disebut secara jelas di Parlimen.

“Kita belum dengar lagi istilah terpacul dari mulut Perdana Menteri bahawa apa yang berlaku adalah jenayah perang kerana ia ada kesan yang besar dari segi undang-undang.

“Kita nak itu keluar daripada Parlimen kita. Macam mana Presiden Erdogan cakap dalam himpunan, di Parlimen mengenai Hamas.

“Kita perlukan Parlimen ada pendirian yang kuat. Bagaimana Parlimen seperti Ireland, Sepanyol dan Brazil dan banyak negara barat,” katanya di Parlimen, hari ini.

Bahkan, Ahli Parlimen Machang itu turut mencadangkan agar kerajaan sendiri membawa usul tersebut.

Beliau berkata, Ahli Parlimen dari pembangkang akan menyatakan sokongan terhadap usul itu.

“Malulah kita di Malaysia tidak menyatakan pendirian di Parlimen.

“Sedangkan, Parlimen adalah satu institusi, bukan sekadar penerangan…itu yang kami maksudkan,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button