Nik Abduh kecam ceramah Kit Siang tolak hudud

nik-abduh-1

BANGI, Selasa – Anak Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Nik Mohamad Abduh, membidas pihak yang membawa pemimpin rasis DAP, Lim Kit Siang ke Kota Bharu bagi mengadakan ceramah menolak hukum Allah.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, jika Allahyarham bapanya masih ada, maka tiada siapa yang akan berani membawa Kit Siang untuk berceramah menolak hukum hudud.

Malah, katanya, ada di kalangan ahli PAS yang seolah-olah menunggu-nunggu kematian Tuan Guru Nik Aziz.

“Sejak PAS kehilangan TGNA rahimahullah, PAS berubah begitu cepat sekali seolah-olah ada golongan yang menanti-nanti kematian itu.

“Saya jawab, ya. Jika ada TGNA, tiada pemimpin PAS yang berani membawa dan bersama LKS ke Kota Bharu untuk berceramah menolak hukum Allah.

“Semoga Allah mengukuhkan istiqamah ahli PAS seluruhnya menyambung perjuangan tuan guru yang telah menemui Tuhannya di belakang tuan guru presiden yang masih bersama berjuang melawan badai tipu daya,” katanya dalam Facebook beliau, semalam.

lit-siang-kota-bharu

Beliau memuat naik kiriman itu sebagai mengulas tindakan pihak tertentu yang membawa penentang kuat kewujudan negara Islam Malaysia itu ke Kota Bharu untuk berceramah menolak hukum Allah.

Semalam, Kit Siang secara berani dan terbuka berucap menolak hukum hudud di hadapan penyokong dan ahli PAS dalam program ‘Ceramah Perdana Kukuhkan Pakatan Hancurkan Barisan’ anjuran Pas Kawasan Kota Bharu di Padang Perdana.

Antara yang turut hadir ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli dan Pesuruhjaya PAS Kota Bharu, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah.

Antara yang disebut oleh Kit Siang dalam ceramahnya yang disiarkan sebuah portal berita ialah:

“Saya baca bila saya ke Jordan. Saya baca adalah saujana-saujana dan ustaz dan ulama Islam ada berpendapat bahawa hudud sebahagian kecil daripada undang-undang syariah dan ia mempunyai syarat sebelum ia dilaksanakan.

“Ketua Persatuan Ulama Islam Dunia, Syeikh Yusuf Al-Qardhawi ada berpendapat bahawa kalau undang-undang syariah tidak boleh dilaksanakan maknanya masa tidak sampai untuk melaksanakan, ataupun tidak ada keutamaan. Bukan saya kata, itu yang saya baca,”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *