Berita UtamaDunia

Tabung Nasional Yahudi lulus pelan perluas penempatan haram

600,000 warga Israel tinggal di wilayah Palestin secara tidak sah

GAZA, 5 Rejab 1442H, Rabu – Tabung Nasional Yahudi (JNF) secara rasmi meluluskan pelan untuk memperluas penempatan haram Yahudi di Tebing Barat yang diduduki.

Menurut akhbar Israel, Haaretz, JNF meluluskan pembelian tanah swasta Palestin di Kawasan C wilayah yang diduduki, berpotensi bernilai ratusan juta dolar.

Pembelian seperti itu, dijelaskan laman web berita Walla, akan digunakan untuk membangunkan penempatan Yahudi yang ada di Kawasan C.

JNF ditubuhkan pada 1901 untuk mengumpulkan dana bagi membeli tanah di Palestin dan membina penempatan Yahudi.

Menjelang 2007, ia memiliki 13 peratus daripada keseluruhan tanah di Israel untuk penggunaan orang Yahudi secara eksklusif.

Antara 500,000 dan 600,000 warga Israel tinggal di penempatan – hanya orang Yahudi sahaja – di seberang Baitulmaqdis Timur dan Tebing Barat yang diduduki.

Di bawah undang-undang antarabangsa, penempatan Yahudi yang dibina di wilayah Palestin yang diduduki merupakan pelanggaran undang-undang antarabangsa dan dianggap tidak sah. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button