17 Ogos – Adakah keputusan Presiden dan Mursyidul Am PAS ditolak JKP Pusat?

nikazizdanhadi
Langsung tidak mengejutkan! Baru sejenak kita melihat episod penentangan dan keengkaran YB Saari Sungib dan YB Hasnol, ahli PAS yang juga ADUN Selangor terhadap keputusan Presiden, Mursyidul Am dan juga Majlis Syura Ulamak PAS, berkaitan isu Menteri Besar Selangor. Jelas tidak setia!

Mereka juga sanggup menerima hukuman kerana lebih yakin kepada DS Anwar dan parti-parti yang bukan partinya sendiri. Tindakan luar biasa yang tidak boleh diterima dari perspektif disiplin organisasi.

Bagaimana pula dengan sikap YB Khalid Samad dan YB Abdul Rani dan beberapa yang lain? Bukankah kedua mereka ini juga sama asal usul, sefikrah, sehaluan dengan YB Saari?

Berbalik kepada tajuk, pada hemat saya, ada kemungkinan besar pada 17 ogos ini, ramai ahli JKP Pusat Pas  akan menolak keputusan yang telah dibuat oleh Presiden. Sudah saya nyatakan dalam ruang Kolumnis sebelum ini, bahawa terdapat bilangan besar ahli JKP Pusat yang lebih ‘dengar cakap’ DS Anwar Ibrahim dan akan taat kepada DSAI. Kumpulan ini diberi nama jolokan Anwarinas dan juga adakala digelar parasit sudah menampakkan bulu mereka di sana sini termasuk di dalam pos-pos  kepimpinan tertinggi.

Perhatian! Sekiranya cara keputusan pada 17 Ogos nanti dibuat adalah dengan menggunakan kaedah undian sulit, keputusan yang ada sebelum ini dijangka akan terbalik mengikut kehendak DS Anwar dan rakan PKR dan DAP. Kalau ia benar-benar terjadi, ini bermaknanya zaman kepimpinan ulamak boleh dianggap sudah berkubur! Zaman menghormati ulamak sudah berakhir. Ia juga boleh ditafsir sebagai undi tidak thiqah (tidak percaya) kepada kepimpinan tertinggi dan mengesahkan Pas sedang mengalami krisis kepimpinan.

Adakah  tanggal 17 Ogos 2014 ini bakal menyaksikan keputusan Presiden dan Mursyidul Pas ditolak JKP Pusat? Lalu menjadi titik besar hitam dalam sejarah PAS? Sepatutnya semua ahli JKP Pusat wajar mengangkat dan mendokong keputusan matang lagi syarie Tuan Presiden, Mursyidul Am dan Majlis Syura Ulamak mereka.

Abdul Rahman Mt Dali
Naib Presiden ISMA

2 thoughts on “17 Ogos – Adakah keputusan Presiden dan Mursyidul Am PAS ditolak JKP Pusat?

  1. Saya menjangkakan begitu,dengan pelbagai alasan dan helah yg akan di keluarkan yg terpaksa di telan oleh kedua pemimpin berkenaan.Walaubagaimana pun saya mendoakan kedua pemimpin tersebut terpelihara maruahnya.

  2. Pingback: Islamis yang Dramatis: Satu Kritikan Santai | STRATA Consulting

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *