Umat Islam di wilayah Xinjiang di larang berpuasa

muslim-uighur

XINJIANG, 3 Julai – Umat Islam di wilayah Xinjiang, China dilarang menjalani ibadah puasa oleh pihak berkuasa negara itu.

Menurut sumber AFP, Stesen radio Bozhou dan Universiti TV memberitahu bahawa larangan itu adalah berkuatkuasa dalam kalangan anggota parti, guru dan golongan remaja di wilayah tersebut.

Beberapa jabatan kerajaan telah memuat naik notis larangan terbabit sejak bermulanya Ramadan akhir minggu lalu dan memaklumkan bahawa sekatan itu adalah bertujuan untuk menjaga kesihatan para penjawat kerajaan. 

Bagaimanapun, Juru cakap Kongres Uighur Dunia, Dilxat Raxit membidas tindakan itu kerana disifatkannya sebagai tidak menjamin kebebasan beragama. 

China seharusnya mempunyai jaminan kebebasan kepada setiap rakyatnya yang beragama Islam terutamanya penduduk Uighur dan Xinjiang. Justeru katanya, penindasan seperti itu harus dihentikan.

Larangan menyekat orang Islam daripada melaksanakan ibadah puasa  hanya akan mencetuskan lebih banyak konflik di Xinjiang.

Pada tahun lalu, perkara yang sama berlaku apabila umat Islam di Uighur dipaksa makan oleh pegawai Cina walhal mereka sedang berpuasa.

Pgawai Cina berulang kali menyerbu rumah penduduk Uighur untuk memaksa mereka makan dan minum pada siang hari sejak Ramadhan bermula.

 

One thought on “Umat Islam di wilayah Xinjiang di larang berpuasa

  1. Itu sebabnya umat Islam di Malaysia tidak boleh menjadi umat minoriti dan tidak boleh hilang kuasa politik. Dalam keadaan Islam menjadi agama rasmi, Muslim masih majoriti dan muslim masih memegang tampuk kuasa pun, Islam dan muslim dihina dan ditindas, apakah akan terjadi kalau muslim tidak lagi berkuasa, Islam bukan agama rasmi dan muslim bukan majoriti…ingatan kepada para politikus umno supaya tidak melacurkan diri dan politikus PAS yang terlalu ghairah untuk jadi pm, menteri dan mb sehingga sanggup menjual agama, terutama sekali mujahid yusof, khalid samad, hanifa maidin, dr mariah dan pas’s little skunk,,ust wan ji wan husin.

    Umat Islam minoriti dimana-mana sahaja telah di tindas. Saya dengar suara para munafiq dari umat kristian dan dap mengecam tindakan kerajaan cina yang menyekat kebebasan mengamalkan agama oleh umat Islam dan juga pm najib yang baru pulang dari lawatan “landmark” ke China untuk membantah tindakan kerajaan China tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>