Berita UtamaDunia

Raja Charles disahkan hidap kanser

Elak spekulasi, Raja Britain pilih kongsi diagnosis penyakit

LONDON, 25 Rejab 1445H, Selasa – Raja Britain, Raja Charles III disahkan menghidap kanser dan akan menangguhkan beberapa tugas umum baginda sementara menjalani rawatan.

Perkara itu diumumkan oleh Istana Buckingham dalam satu kenyataan pada Isnin.

Istana Buckingham bagaimanapun tidak mendedahkan jenis kanser yang dihidapi raja berusia 75 tahun itu.

“Baginda kekal positif dan mahu kembali menjalankan tanggungjawabnya secepat mungkin, selain akan terus melaksanakan urusan rasmi seperti biasa, walaupun dinasihatkan doktor supaya menangguhkan hasratnya itu.

“Baginda memilih untuk berkongsi diagnosis kansernya bagi mengelak spekulasi, selain berharap ia dapat membantu pemahaman umum berhubung penyakit itu,” katanya.

Pihak istana juga menegaskan ia bukan kanser prostat, meskipun baginda mendapat rawatan berkaitan prostat baru-baru ini.

Sebelum ini, baginda dimasukkan ke hospital selama tiga hari untuk menjalani rawatan prostat yang semakin membesar.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button