Kedatangan pendatang Cina bersama penjajah British satu bentuk pencerobohan

abdullah zaik abd rahman presiden isma
BANGI, 6 Mei – Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman menyifatkan kedatangan pendatang Cina ke Tanah Melayu bersama penjajah British suatu ketika dahulu adalah satu bentuk pencerobohan.

“Orang Cina datang ke negara ini bersama penjajah British sebagai penceroboh.

“Siapa yang bagi mereka hak kerakyatan dan kekayaan sehingga hasil pencerobohan mereka dilindungi sampai hari ini?

“Itu semua perbuatan British yang bersekongkol dengan Cina menindas dan membuli orang Melayu,” ujarnya hari ini dalam satu kenyataan.

Tambah beliau juga, ini merupakan satu kesilapan orang Melayu terdahulu yang harus diperbetulkan.

“Tiada siapa yang berhak untuk menggadai kedaulatan Islam dan Melayu di Tanah Melayu ini,” tegasnya.

Beliau berkata demikian mengulas suara-suara yang mempertikaikan kenyataannya baru-baru ini apabila beliau membidas golongan bukan Islam yang menentang hudud dan menyifatkan mereka sebagai tidak sedar diri dan tidak wajar campur tangan dalam urusan umat Islam.

Sebagai balasan kepada kenyataan itu, ada pihak yang mendakwa bahawa orang bukan Islam telah banyak menyumbang kepada negara contohnya dalam bidang perlombongan dan perladangan sejak sebelum merdeka.

Menurut Ustaz Abdullah lagi, jika mereka ingin terus menjadi rakyat Malaysia, mereka haruslah taat setia kepada raja, menerima Islam sebagai agama negara dan hak kedaulatan bangsa Melayu.

Ini kerana menghalang cita-cita Melayu dan menafikan hak Melayu dalam menentukan masa depan negara adalah satu tindakan mencabar dan melampau oleh bangsa asing.

Sementara itu mengulas mengenai kenyataan pemimpin DAP, Lim Kit Siang yang menyatakan bahawa ISMA telah menyebarkan racun dalam bentuk perkauman, tegas Ustaz Abdullah, kenyataan itu tidak berasas sama sekali.

Hakikatnya, Kit Siang sendiri yang telah memecahbelahkan rakyat. Hal ini jelas sekali apabila dia telah membawa konsep Malaysian Malaysia yang bertentangan dengan perlembagaan.

“Dia sendiri yang membuatkan orang Cina rasa tidak berpuas hati sehingga bangkit untuk menuntut dan mendesak lebih daripada apa yang mereka perolehi selama ini.

“Walhal, hak-hak keistimewaan orang Melayu misalnya telah pun termaktub dalam perlembagaan sejak sekian lama,” katanya kepada wartawan ISMAweb.

19 thoughts on “Kedatangan pendatang Cina bersama penjajah British satu bentuk pencerobohan

  1. Pemimpin berani bersuara lantang seperti Ustaz yg kami perlukan utk memimpin negara..! Sekarang ini kaum2 lain terutama kaum CINA seolah2 cuba mencabar kesabaran umat Melayu ISLAM di negara kita. Diharap pemimpin2 beragama ISLAM sedar akan permainan orang kafir yang hendak menjatuhkan agama ISLAM. Sama2 kita menyokong ke arah kebaikan bersama, ISLAM, MELAYU & PEMERINTAHAN BERAJA terus dipertahankan di bumi tercinta Malaysia.

  2. sblah pej shah bandar pantai lido dnger bay habis lim kit siang bagi kat lee siang long minta ustaz gi jalan2 sana tengok hording projek tuu lepas tuu hang kutok lah lim siang tak cukup tempayan nak tadah kutuk hang tuu aku tadahkan celat tebarai.. amacam ustag..

  3. Hari ni tadi ada sorang customer berbangsa cina call. Saya jawab telefon. Dia tanya tgh hari bukak sampai jam berapa? Saya kata tgh hari kitorang rehat start jam 12.30 sebab nak sembahyang. Lepas tu dia boleh tanya “ada sembahyang ka tgh hari?”. Hairan aku. Takkan kita nak tipu pasal sembahyang?

  4. Kewujudan kampung baru di seluruh semenanjung Tanah Melayu semasa darurat hasil daripada rancangan Briggs adalah satu bentuk pencerobohan yang nyata. Melayu merana, cina yang dapat untung kerana kampung baru lengkap dengan segala kemudahan sedangkan kampung Melayu dibiarkan daif.

    Tanah milik Melayu diberi percuma kepada cina yang tidak berhak (kerana mereka adalah PENDATANG!) semata-mata untuk mengekang komunis. Hasilnya, kampung-kampung ini terus wujud sehingga kini dan Melayu tak akan mendapat balik tanah yang telah dihadiahkan oleh British secara mudah kepada cina. Sekarang cina sanggup membuat filem kampung baru dengan fakta yang sengaja dipesongkan. Nasib baik filem tersebut diharamkan daripada ditayangkan hasil protes Melayu.

    Kampung baru yang wujud semasa darurat adalah Tanah Melayu yang dirampas daripada Melayu untuk dihadiahkan kepada cina secara percuma tanpa perlu bersusah-payah. Melayu tak bertanah, pendatang penceroboh yang dapat tanah percuma.

  5. Nak cite apa, siapa yang bagi jus soli pada rakyat asing? Sekarang kalian nk menyalahkan mereka….? Mereka menuntut kesama rataan. Menuntut hak sebagai warga yg lahir di malaysia. Sbb status mereka ‘rakyat malaysia’. Lain lah dr dulu status mereka penduduk tetap. Silap siapa? Itulah harga sebuah ‘kemerdekaan’ tanah melayu. Bukan spt negara lain. Nk dapat kemerdekaan di hujung pedang.

  6. bukan masa nak salahkan cina terudkan usaha daulatkan islam.kita ada kuada laksanakan islam….tanya pemimpin kita seriuskah dia dengan undang undang.kot kot sama je nadanya dgn kit siamg tak mahu islam

  7. Pingback: MAIS warns about Christianisation threat | Helen Ang

  8. Pingback: Alifah Ting, ISMA dan Kita | Ngeteh

  9. Pingback: The sedition charge against the Isma chief | Helen Ang

  10. Sesungguhnya jangan sesekali mengiktiraf bahawa Cina itu warga negara Tanah Melayu ini. Terkecuali setelah Cina itu taat dan patuh pada kehendak leluhur bangsa Melayu itu sendiri.

  11. Pingback: Kronologi Pendakwaan Presiden ISMA 2014 – ISMA Kemaman

  12. Pingback: Ismaweb: PAS and Umno must unite to block DAP | Helen Ang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *