Kebaikan hudud untuk semua termasuk bukan Islam

Abdullah Zaik Abd Rahman, Presiden ISMA
BANGI, 9 Mei – Pelaksanaan hukuman hudud diyakini dapat menjamin kesejahteraan seluruh rakyat termasuk orang Islam dan bukan Islam.

Hukum hudud dilaksanakan bukannya untuk memerangi orang bukan Islam, sebaliknya akan terus memastikan keselamatan negara dan awam terus terjaga.

“Jika bagi kefahaman orang Islam hudud adalah untuk pengampunan dosa (kifarah dosa) manakala bagi bukan Islam hudud adalah untuk keselamatan nasional. Itu yang perlu difahami, jadi hudud juga perlu dilaksanakan ke atas bukan Islam,” demikian ujar Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita sama ada undang-undang hudud perlu dilaksanakan ke atas orang bukan Islam ataupun tidak.

Soalnya, kenapa hudud tidak boleh dilaksanakan ke atas bukan Islam? Jika itu berlaku maka jadilah ‘pilih kasih’ dalam pelaksanaannya.

Ujar beliau, hudud jelas untuk menjamin kesejateraan termasuklah nyawa, harta benda, maruah dan keturunan dan lain-lain. 

“Harta orang Islam dan orang bukan Islam dipelihara. Jika ada yang mencuri harta orang bukan Islam, mestilah pencuri itu dihukum sama ada dia Islam atau tidak. Jadi apabila dilaksanakan hudud, masyarakat tidak lagi berani untuk membuat kesalahan jenayah.

“Masyarakat kita tidak lagi berani untuk membunuh, mencuri, merompak, berzina kerana memikirkan kesannya. Lagipun pelaksanaan hudud mempunyai syarat yang ketat dan tiada unsur kesangsian. Untuk melaksanakan hukuman itu akan diteliti buktinya terlebih dahulu.

“Tidak ada yang perlu dirisaukan,” kata beliau.

One thought on “Kebaikan hudud untuk semua termasuk bukan Islam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *