Permohonan maaf tidak cukup – YDP ISMA Johor

tahir hamdan

JOHOR BAHRU, 18 Jan - Isu tindakan ahli jemaah pengurus Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Nan Ya, Kota Tinggi, Pang Ah Ngang, mengarahkan seorang guru Cina mualaf di sekolah tersebut membuka tudung baru-baru ini tidak cukup dengan penyelesaian majlis permohonan maaf.

Demikian ujar Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Johor, Hj Mohd Tahir Hamdan kepada wartawan ISMA semalam.

Menurut beliau, permohonan maaf tersebut hanyalah penyelesaian sementara dan tidak dapat menyelesaikan isu penghinaan terhadap Islam di negara ini dalam jangka panjang.

“ISMA Johor meminta supaya pihak berkuasa meneruskan penyiasatan terhadap Pang Ah Ngang yang telah melakukan ugutan ancaman keselamatan terhadap guru terbabit.

“Isu ugutan keselamatan dan penghinaan terhadap Islam adalah isu besar yang perlu ditangani dengan tegas supaya ianya tidak menjadi barah dalam masyarakat yang akhirnya akan memusnahkan keharmonian masyarakat di negara ini,” ujar beliau.

Sebelum ini sudah banyak siri penghinaan terhadap Islam dilakukan oleh orang bukan Islam di negara ini, antaranya mempertikaikan amalan korban di kawasan sekolah dan mencabar keputusan mahkamah dalam isu Kalimah Allah.

Khamis lalu, ISMA Johor mendesak ahli jemaah pengurus SJKC berkenaan meletakkan jawatan dan memohon maaf kepada umat Islam di negara ini.

Turut sama membantah tindakan ahli jemaah pengurus tersebut ialah Wanita ISMA Johor dan Pemuda UMNO Johor.

“Penghinaan ini perlu dibendung dengan segera dengan mengenakan tindakan yang tegas dan berkesan,” kata Hj Mohd Tahir.

Muhammad Rusydi Muhammad Razif
Wartawan ISMA Johor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>