Berita Utama

MUDA kecewa pendaftaran sebagai parti politik ditolak

Maklumkan tiada sebab diberikan berkenaan penolakan itu

KUALA LUMPUR, 23 Jamadilawal 1442H, Khamis – Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) kecewa dengan keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) yang menolak permohonannya untuk menubuhkan sebuah parti politik.

Dalam satu kenyataan, MUDA memaklumkan penolakan itu tanpa sebab yang diberikan, diketahui semalam menerusi e-mel yang dihantar oleh JPPM, hanya selepas hampir empat bulan MUDA menghantar permohonan.

“Kami telah memberi kerjasama penuh kepada JPPM dan telah mematuhi segala syarat untuk pendaftaran. Oleh itu, tiada sebab kukuh untuk JPPM menolak pendaftaran MUDA,” menurut kenyataan itu.

Permohonan pendaftaran parti itu dihantar pada September tahun lepas oleh pengasasnya iaitu bekas Ketua Armada Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, bertujuan memperkasakan golongan muda dan mempromosikan Malaysia yang lebih berbilang kaum. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button