Edmund Bon, mana bukti Malaysia negara sekular?

Prof Shamrohayu
GOMBAK, 20 Jan – Pensyarah Kuliah Undang-undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Madya Dr. Shamrahayu Abdul Aziz membidas kenyataan Peguam Edmund Bon yang disifatkannya sebagai tidak bermoral apabila mengatakan Malaysia merupakan sebuah negara sekular dan bukan Islam sehingga tidak perlu mematuhi mana-mana titah dikeluarkan pemerintah negeri mahupun Majlis Fatwa Kebangsaan.

“Kenyataan dia (Edmund) itu tidak bermoral dalam konteks perbahasan undang-undang.

“Mana mungkin Malaysia negara sekular. Jika benar, sila nyatakan nama-nama kes yang menyatakan Malaysia adalah negara sekular.

“Jika mereka melihat kepada kes Che Omar Che Soh, saya nasihatkan peguam-peguam ini membaca kes tersebut dengan teliti terlebih dahulu,” tegasnya ketika ditemui wartawan ISMA.

Beliau berkata, sememangnya  tidak dinafikan pengamal undang-undang sering mengemukakan kes Che’ Omar Che’Soh ini untuk mengatakan bahawa Tun Salleh Abas pernah memutuskan Malaysia adalah negara sekular. 

Jelasnya lebih lanjut, dalam kes tersebut bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas tidak pernah sama sekali memutuskan Malaysia adalah negara sekular. Beliau hanya mengatakan undang-undang yang sedang berkuat kuasa adalah undang-undang sekular dan bukannya negara ini negara sekular.

“Jadi cukup jelas, keputusan itu menyebut mengenai sistem sekular, bukannya negara sekular. Dan jika Edmund tetap mehu mengatakan negara ini sekular, sila berikan bukti kes,” katanya tegas kepada wartawan ISMA.

Ujar Prof Shamrahayu lagi, di Malaysia tidak berlaku pemisahan antara agama dan negara secara keseluruhan. Jadi ciri penting negara sekular ini tidak pernah wujud di Malaysia sama sekali.

Dan apa yang penting dalam kandungan Perlembagaan Persekutuan, kita akan dapati bahawa undang-undang tertinggi negara kita tidak berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara sekular.

Ini jelas apabila Islam diiktiraf sebagai Agama Persekutuan, Raja-raja Melayu dipertanggungjawabkan sebagai Ketua Agama Islam di negeri masing-masing, Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara menjadi Ketua Agama Islam.

Bahkan YDPA sendiri terikat dengan sumpah seperti yang diperuntukkan secara nyata dalam Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan di mana YDPA mesti bersumpah atas nama Allah dengan lafaz Wallahi; Wabillahi; Watallahi; untuk memelihara agama Islam pada semua masa.

“Tetapi sehingga hari ini, mengapa masih ada pihak yang beria-ia ingin mengatakan bahawa Malaysia adalah negara sekular?,” soalnya.

Peguam Edmund Bon hari ini dalam satu kenyataan  menyatakan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara sekular dan bukan Islam. Sehubungan itu beliau menyifatkan titah dan fatwa yang dikeluarkan tidak boleh digunakan kepada bukan Islam kerana ia melanggar hak perundangan dan beragama mereka.

2 thoughts on “Edmund Bon, mana bukti Malaysia negara sekular?

  1. ini negara islam !! jgn cabar kalau tidak mahu dihalau dari malaysia..
    hidup agamaku..

    p/s :Peguam edmund ni tiada otak mungkin..

  2. Dah sampai masanya urusan hal ehwal Islam di bawa ke peringkat tertinggi, menjadi perlembagaan ulung persekutuan, Agong selaku ketua pelaksana, jadikan undang2 syariah lebih berkuasa dan berautoriti dalam hak-haknya, dah sampai masanya kerana saya lihat orang Islam, agama Islam dan ketua2 agama Islam sudah diserang secara terang-terangan. Islamu yaklu, wa la yukla alaih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>